Translate

19/10/2015

PDRM PERLU PANTAU PENGGUNAAN LOGO POLIS

KUALA LUMPUR, 19 Oktober: Sebuah badan bukan kerajaan anti jenayah mungkin telah melakukan kesalahan selepas ahlinya dilihat menggunakan pakaian rasmi polis.

Apa yang menjadi persoalan adalah sama ada mereka mendapat kelulusan atau sebaliknya dairpada pihak berkuasa untuk berbuat demikian, malah ia turut menimbulkan kritikan di media sosial sama ada orang awam dibenarkan untuk menggunakan pakaian pihak berkuasa.

Isu ini mula timbul apabila salah seorang daripada ahli NGO terbabit dilihat memakai jaket pantul cahaya yang tertera perkataan polis di bahagian belakangnya pada sebuah majlis di sekolah.


Hasil pemeriksaan The Rakyat Post mendapati, kelab anti jenayah yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu diketuai oleh seorang bekas anggota polis yang sebelum ini menyandang pangkat Asisten Komisioner di cawangan trafik dan kemudiannya memegang jawatan ketua polis sebelum bersara.

Badan bukan kerajaan itu menggambarkan mereka sebagai kelab anti jenayah dan anti narkotik.

Ia turut mempunyai akaun rasmi Facebook dan blog, namun tidak banyak aktiviti yang didedahkan berhubung aktiviti mereka.

Cubaan untuk mendapatkan maklum balas dengan beberapa ahli kelab itu yang ingin memakai jaket berkenaan bagaimanapun sia-sia.

Hasil pemeriksaan dengan salah seorang ahli kelab berkenaan mendedahkan bahawa orang awam yang ingin menyertai kelab itu perlu membayar yuran keahlian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat barangan lain yang menggunakan logo Polis Diraja Malaysia turut boleh dibeli.

“Polis sedia maklum dengan kewujudan organisasi ini berikutan pertanyaan daripada masyarakat awam,” kata jurucakap polis kepada The Rakyat Post.

Jurucakap tersebut turut memberitahu bahawa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 89 Akta Polis bagi mereka yang bukan anggota polis untuk memiliki atau mempamerkan seragam polis yang hanya dibenarkan kepada anggota polis sahaja.

Walaupun hanya dengan logo polis, ia tidak boleh dipamerkan pada cermin kereta atau pada bumper tanpa kebenaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...