Isnin, 26 Oktober 2015

KESIAN ANUAR GIAN NAK KE DEWAN RAKYAT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonannya untuk mencabar keputusan Ketua Pesuruhjaya Penjara yang tidak membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya memaklumkan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan pada Isnin berhubung penarikan balik rayuan itu.

Peguam M. Kogilambigai yang mewakili dua responden iaitu Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Penjara, tidak membantah permohonan itu.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel itu kemudiannya membatalkan rayuan itu.
Turut bersidang ialah Hakim Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.
Anwar, 68, memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan keputusan Ketua Pesuruhjaya Penjara tidak membenarkannya menghadiri mesyuarat pertama sesi ketiga sidang ke-13 Dewan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...