Translate

19/09/2015

Khalid Ibrahim sertai PAS

KUALA LUMPUR, 19 September:

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR Ogos lalu, mengakui ada menerima tawaran untuk menyertai Pas.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau masih belum mempertimbangkan tawaran tersebut kerana mempunyai beberapa perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR,” katanya yang dilapor Harakah Daily selepas menghadiri Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau Serai, Dungun dekat sini malam tadi.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga merasakan terdapat ketidakadilan dalam PKR sehingga beliau dipecat.
Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor.

“Saya sedang tunggu keputusan itu. Untuk itu saya kena jaga tatacara untuk kepentingan politik. Saya akan tunggu dulu,” ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya hadir pada majlis perasmian Harap 3.2 itu.

“Saya sangat berbesar hati bahawa Pas sudi terima pandangan dan perhatian saya. Saya rasa perjuangan Pas dapat diteruskan dengan mereka yang berminat dengan Islam,” ujarnya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...