Translate

23/09/2015

BR1M BERI PETANDA TIDAK BAIK KEPADA MALAYSIA


Peningkatan kadar bantuan dan pertambahan bilangan penerima BR1M setiap tahun adalah isyarat tidak baik kepada Malaysia.

Senario itu jelas menunjukkan negara ini tidak makmur.

Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, situasi itu mendedahkan bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk miskin, sedangkan sebelum ini kerajaan bersungguh-sungguh mahu membasmi kemiskinan.

“Apa maknanya jika penerima BR1M bertambah? Apa tujuan sebenar bantuan ini diwujudkan, adakah benar-benar mahu bantu rakyat atau ada agenda tersembunyi? Saya lihat BR1M pertama dilaksanakan pada 2012 adalah lebih kepada memancing undi.


“Sehingga kini, ia (BR1M) diteruskan dan lebih menarik kerajaan telah mengumumkan kadar bantuan itu akan dinaikkan mulai tahun hadapan,” katanya kepada  Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa kadar BR1M akan dinaikkan mulai tahun hadapan dan perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2016, Oktober ini.

Mohamad berkata, BR1M telah membebankan kerajaan sehingga terpaksa mengambil langkah seperti mengurangkan dan rasionalisasi subsidi serta  pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kononnya manfaat itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi bantuan tersebut.

“BR1M tidak bantu rakyat secara keseluruhannya dan kerajaan perlu mengenalpasti identiti pemohon dengan betul untuk memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan terpilih menerima bantuan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...