Sabtu, 12 September 2015

Azmin memperbodohkan rakyat negeri Selangor dan ‘hina’ agama Islam

SEBELUM ini PKR menipu rakyat apabila menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menerusi daftar RM2 sahaja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa melalui enakmen dan kelulusan Dewan Undangan Negeri.
Kali ini kerajaan Selangor didakwa memperbodohkan rakyat negeri itu dan ‘hina’ agama Islam apabila bangga menonjolkan DEIG pernah membayar zakat perniagaan bernilai RM2.5 juta ketika Ramadan pada 12 Julai lalu.
Isu itu didedahkan ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang persoalkan bagaimana DEIG boleh sahaja selamba mengagihkan wang zakat termasuk kepada beberapa ranting atau cawangan PKR di Negeri Sembilan.

Padahal selama ini Menteri Besarnya, Azmin Ali bertegas, syarikat pelaburan itu masih belum operasi walaupun sudah dilancarkan pada Disember tahun lalu bagi mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI).
Menurut Budiman, tindakan DEIG agih zakat termasuk kepada Sultan Selangor membuktikan bahawa syarikat tersebut telahpun berfungsi dan ini ternyata berbeza dengan kenyataan Azmin yang dakwa ia belum beroperasi.
“Kita persoal bagaimana syarikat yang dikatakan masih belum beroperasi tetapi sudah mampu untuk keluar zakat. Daripada manakah datang wang itu? Apakah ia dari MBI atau mana-mana agensi kerajaan negeri?” soal beliau.
“Menjadi kemusykilan kepada rakyat bagaimana DEIG yang belum operasi boleh pula serah zakat untuk diagih melalui badan politik seperti berlaku di Negeri Sembilan dan kita ada bukti bergambar program ini,” tegasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...