Ahad, 9 Ogos 2015

CAKAP TAK SERUPA BIKIN SERTA MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA ???


Tiada Tindakan Ke Atas Pegawai SPRM Disiasat Polis Zahid
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada sebarang tindakan lanjut terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil pihak polis ketika ini hanyalah mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, siasatan mengenai perkara tersebut bukan hanya tertumpu kepada SPRM sahaja bahkan ia mungkin juga membabitkan pelbagai agensi lain.
“Kita tidak mahu sebarang hasil penyiasatan (dibocorkan) sebelum ada kesimpulan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali.
“Segala-galanya telah dilakukan secara tertib mengikut SOP. Polis tidak pula menyasarkan mana-mana agensi atau pegawai secara khusus,” tegas Ahmad Zahid.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...