Translate

27/06/2015

PKR TAKUT DENGAN BAYANG2 TAN SRI KHALID JADI MB ???

Mustahil Khalid Kembali Jadi MB Selangor - PKR

PETALING JAYA: Cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kembali menduduki kerusi menteri besar Selangor adalah mustahil, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hairan dengan tawaran Khalid, Shamsul berkata menteri besar sedia ada, Mohamed Azmin Ali mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PKR, DAP dan PAS.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang menyokong Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR melalui Azmin. Jadi tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas Azmin pada ketika ini.

"Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan menteri besar kerana beliau telah dipecat dari PKR dan sekarang hanya merupakan seorang Adun bebas," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang dilaporkan bersedia menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis pakatan pembangkang yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah.
Mengulas lanjut Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengingatkan Khalid bahawa kemenangannya sebagai wakil rakyat pada pilihan raya yang lalu adalah atas kapasiti sebagai pemimpin PKR dan bukan kemampuan dirinya sendiri.
"Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi menteri besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh Umno.
"Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka telah menolak parti dan kepimpinan Umno di dalam Pilihanraya Umum ke-13," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...