Selasa, 23 Jun 2015

PALANIVEL PATUT DISINGKIRKAN SEGERA ???


TIDAK MENGAKU KESILAPAN SENDIRI DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel kerana memutarbelitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti itu.

Najib berkata, beliau akan memanggil Palanivel bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

“Saya akan panggil Palanivel untuk memberi penjelasan berhubung komen beliau di PWTC seperti yang dilaporkan.


“Beliau sepatutnya berhenti me­nyalahkan orang lain, perlu mematuhi keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Pada perhimpunan semalam, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam ucapannya kepada 5,000 perwakilan termasuk 2,760 pengerusi cawa­ngan berkata, parti itu dipaksa mengadakan pemilihan semula berikutan adanya campur tangan Barisan Nasional (BN) dan Najib sendiri.

“BN dan PM sendiri terbabit dalam memberi tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pemilihan parti yang diadakan pada 2013 yang telah disahkan dan untuk parti kita menyebelahi pengkritik kita,” kata Palanivel.

Sumber: KLIK SINI dan DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...