Translate

04/06/2015

MACAM MANA LAPORAN POLIS BOLEH BOCOR ???

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS PENGKHIANAT YANG TERLIBAT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas seorang pegawai SPRM kononnya pegawai berkenaan memiliki harta di luar kemampuan. 

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob berkata, SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. 

“Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri. Pegawai ini telah membuat laporan polis berkenaan kejadian ini kelmarin.


“Dalam laporannya beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan oleh pihak yang memasuki rumah beliau, termasuk jam tangan mewah,” katanya.

Katanya, laporan polis yang dibuat dia telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi semalam.

“Beberapa pihak telah membuat tohmahan kononnya pegawai terbabit memiliki harta di luar kemampuan.

“SPRM berpandangan bahawa tohmahan ini tidak adil ke atas pegawai berkenaan dan juga SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang.
 
Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan.
 
Justeru, SPRM tiada maklumat mengenai latar belakang berhubung harta yang dimiliki oleh beliau dan ahli keluarganya.
 
“SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan.

“Pada masa yang sama, SPRM memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis menerusi media sosial.

“SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu polis siasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat oleh mangsa menerusi media sosial,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...