Khamis, 25 Jun 2015

KPDNKK SABAH BOLEH AMBIL TINDAKAN KENAPA DI SEMENANJUNG TIDAK ??

Tidak Letak Tanda Harga, Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK
KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, Selasa.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga gagal mematuhi peraturan.
"Hanya 40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu, beliau berkata pada Isnin lalu, KPDNKK turut menjalankan pemeriksaan ke atas 69 buah gerai bazar Ramadan di Padang Bandaran Keningau.
Bagaimanapun, katanya, tidak ada notis dikeluarkan.
Severinus menasihatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan meletakkan tanda harga pada setiap makanan dan minuman yang dijual.-- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...