Rabu, 24 Jun 2015

DAH MUAK DAN PERKARA BERULANG-ULANG TIADA TINDAKAN


KUALA LUMPUR 21 Jun – Gaji dan elaun yang diterima seorang pegawai penguat kuasa di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah ini hanyalah sekitar lebih RM4,000 sahaja, tetapi gaya hidup yang diamalkannya sangat mengujakan.

Bukan hanya berkereta mewah jenis pacuan empat roda tetapi turut memiliki beberapa lagi kenderaan baharu. Dia juga mempunyai rumah besar di kampung malah ke luar negara untuk bercuti bersama isteri dan anak pada setiap tahun.

Jika dihitung, jumlah pendapatan yang diperoleh pegawai kerajaan ini tidak mampu menampung gaya hidup mewah keluarganya dan itu menimbulkan persoalan terhadap sumber kekayaan ’luar biasanya’


Namun apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ‘campur tangan’, didapati gaya hidup si penguat kuasa ini rupanya-rupanya adalah hasil keuntungan sewaktu berkhidmat di sempadan negara.

Sumber:  KLIK SINI

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kerajaan akan meneliti semula peranan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di persempadanan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas cadangan mengenai perkara berkenaan sedang disediakan kementeriannya dan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

“Kita akan lihat semula peranan yang dimainkan oleh UPP, mungkin ditukar peranan mereka kepada agensi keselamatan persempadanan.

“Ini perlu dibuat. Kertas cadangan sedang disediakan oleh kementerian dan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menambah, kerajaan juga berhasrat mengkaji semula perjanjian keselamatan yang telah dimeterai dengan negara-negara yang bersempadan dengan Malaysia khususnya Thailand.

Beliau berkata, langkah itu berikutan pembongkaran isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...