Translate

30/05/2015

PERTELAGAHAN YANG DIRANCANG DALAM PAKATAN ???



PAS Tidak Berhak Tentukan Apa Saya Perlu Cakap


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enegaskan pimpinan PAS tidak berhak menentukan apa yang perlu beliau lakukan (cakap) kerana beliau bukan mewakili parti itu.

“Bukan PAS yang menentukan apa yang perlu saya lakukan (cakap). Hanya pimpinan DAP sahaja yang boleh tentukan saya.

“Apa yang saya tahu, Kami (DAP) hanya menyuarakan perinsip dan pendirian kami. Saya akan terus terus bersuara di mana dan bila-bila sahaja apabila diperlukan untuk kepentingan parti dan rakyat” kata beliau di lobi Parlimen hari ini.


Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang meminta beliau menghentikan polemik serangan terhadap PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.

“Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli PAS. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar Pakatan Rakyat,” kata Nik Abduh semalam.

Guan Eng berkata beliau sepatutnya digalakkan terus mengkritik Hadi jika ia menguntungkan Presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu depan “Sekiranya perbuatan kami boleh membawa faedah kepada Hadi, saya pasti Hadi harus menggalakkan kami untuk terus bersuara lantang lagi,” katanya




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...