Isnin, 18 Mei 2015

ADAKAH NAJIB BERCAKAP BENAR ATAU TERDESAK ???

BN Boleh Menang PRU Akan Datang Jika Dapat Sokongan – Najib

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) boleh memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika beliau mendapat sokongan bagi meneruskan program transformasi, selain parti-parti komponen kekal bersatu.

"Jika kita memberi tumpuan kepada politik membina dan bukannya politik yang merosakkan, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada kerja dan bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan perkara separuh benar, kita akan berjaya," kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam blog NajibRazak.com hari ini.

Dalam catatannya itu, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan kerajaan, selain memberi maklum balas beliau berhubung perkara itu.

Antara isu berkenaan ialah mengenai kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta tindakan afirmatif untuk Bumiputera.

Najib berkata walaupun semua orang bebas mengkritik dan menyenaraikan semua 'kegagalan' beliau, adalah penting juga untuk mereka menyedari "sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...