Translate

10/04/2015

Wanita UMNO sokong Najib, bukan ROSMAH??


KUALA LUMPUR 9 April - Wanita UMNO selaku tulang belakang parti itu memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sokongan tidak berbelah-bahagi itu berikutan setiap persoalan yang timbul telah dijawab oleh Najib tanpa perlu disembunyikan apa-apa pun.

“Menerusi keputusan mesyuarat yang kami adakan, Wanita UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk bersama Najib dan akan beri sokongan penuh kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kepemimpinan Wanita UMNO Bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.


Majlis perjumpaan khas Wanita UMNO dengan Perdana Menteri selama sejam itu telah disertai seluruh pimpinan Exco Wanita UMNO, Ketua-ketua Wanita UMNO negeri dan Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian.

Yang turut hadir, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun; Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar dan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...