Khamis, 30 April 2015

WAKIL RAKYAT CINA TAK FASIH BAHASA MELAYU PERLU DISINGKIRKAN !!!


SOKONG 101 PERATUS CADANGAN TAN SRI. CAKAP PELAT TERSEKAT-SEKAT. KOT-KOT PENDATANG TAK?

Wakil rakyat pelat buat saya loya- Ridhuan Tee (KLIK SINI )


KUALA LUMPUR - Cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu disokong.
Menegaskan demikian, Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

"Jika ini dapat disyaratkan, ia sangat baik. Ia merupakan satu konsistensi yang boleh kita ikut demi tanah air yang dicintai.
"Memang tidak ada kesan baiknya kalau seseorang pemimpin tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.
"Bagi saya, pandangan seperti itu khasnya memberi dokongan kepada menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Quality Day 2015' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...