Translate

05/04/2015

SUDAH JELAS HADI AKAN SINGKIRKAN !!!

Husam Akui Dalam Dilema Tanding Jawatan No.1

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.


"Memang saya dalam keadaan dilema. Saudara tidak perlu bertanya panjang-panjang (mengenai perkara itu).

"Ini masa ahli menyuarakan perasaan mereka. Saya sebagai pemimpin tidak boleh bertindak atas diri saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Segamat di sini, Sabtu.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Mashod.
PAS kawasan itu pada Sabtu mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden PAS manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.
Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...