Jumaat, 17 April 2015

‘Si Pengecut’ harus berundur jangan hanya go­yang kaki dan meraih popula­riti


JOHOR BAHRU - Presiden persatuan bola sepak di negara ini dicabar untuk tidak bersikap pengecut sebaliknya menjadi berani atau berundur sekiranya tidak memahami tanggungjawab yang digalas.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyifatkan seseorang presiden persatuan bola sepak perlu menyelesaikan permasalahan dalam sukan itu.


Menurut Tunku Mahkota Johor, seseorang presiden persatuan bola sepak tidak sewajarnya hanya go­yang kaki dan meraih popula­riti tanpa berani menyuarakan apa yang perlu seperti dalam soal pembahagian honorarium penyiaran televisyen.

“Kenapa saya seorang sahaja yang bersuara pasal hal itu seolah-olah saya menegakkan untuk semua pasukan yang bertanding dalam negara, saya tidak jumpa presiden lain kecuali saya yang berbuat demikian.

“Anda perlu faham hak penyiaran akan membantu semua pasukan yang bertanding dalam negara de­ngan mengurangkan beban dari segi kewangan semua pasukan yang berentap dalam liga, kenapa presiden lain senyap sahaja.

“Adakah anda semua lebih berminat dengan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...