Translate

07/04/2015

RAFIZI IKUT ANWAR KE PENJARA SUNGAI BULOH ???


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berhubung tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel lima anggota, memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang  kuasa untuk mendengar rayuan Mohd Rafizi kerana kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen.


Dengan keputusan itu, Mohd Rafizi perlu menghadapi perbicaran di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Perbankan dan Instutusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu NFC.

Md Raus menetapkan esok sebagai tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah  Alam.

Md Raus bersidang bersama para hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah
Nordin.

Mohd Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Mei 2013 menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan tersebut dengan alasan  rayuan beliau tidak mempunyai merit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...