Sabtu, 25 April 2015

NAIK MELUAT TENGOK JIJAH KIPAS, TAK ADA MUKA LAIN KE ?

PKR hipokrit calon Wan Azizah

ROMPIN, 25 April: Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan sikap hipokrit parti berkenaan.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah selepas pembangkang mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Hasan Arifin sebagai calon bagi PRK Rompin.

Katanya, PAS menyifatkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang itu sebagai ‘calon kitar semula’ dan juga orang lama.


Hishammuddin bagaimanapun berkata Dr Wan Azizah sebelum ini yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ‘menyerahkannya’ kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka tidak mengotakan apa yang dikata.

“Saya harap rakyat boleh menilai sendiri dengan melihat kritikan dilemparkan terhadap BN,” katanya merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Skuadron 322, Tentera Udara Diraja Malaysia di sini, petang ini.

Tambah Hishammudidn, beliau ‘agak terkejut’ apabila PKR telah memilih Presidennya untuk bertindak sebagai calon dalam pilihan raya kecil itu.

“Saya rasa mereka melihat politik sebagai satu permainan. Kritikan mereka tidak konsisten dengan pendirian yang mereka ambil,” ujarnya.

PRK Permatang Pauh terpaksa diadakan selepas penyandangnya, Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...