Rabu, 22 April 2015

JPJ PERLU TELUS DALAM MELAKSANAKAN TUGAS

Hai baru dan ujudkan sistem kesan 
kenderaan ‘klon’. Habis tu selama ni apa yang dilakukan oleh JPJ keatas sindiket Kenderaan Klon ???

KUALA LUMPUR, 21 April: Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) telah membangunkan sistem integrasi bersama-sama dengan syarikat insurans di Malaysia bagi membolehkan maklumat mengenai kenderaan yang telah diisytiharkan ‘total loss’ tidak lagi boleh didaftarkan di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sistem berkenaan telahpun dibangunkan jabatan itu dan juga syarikat insurans yang mana ia akan mula digunakan pada 1 Jun depan.


Menurutnya, dengan adanya sistem integrasi berkenaan, mana-mana sindiket atau pihak tertentu yang ingin menggunakan kenderaan yang ‘total loss’ untuk digunapakai dan didaftarkan semula tidak boleh lagi berbuat demikian.

“Oleh itu selepas ini cukai jalan dan lain-lain urusan yang dilakukan oleh JPJ tidak akan dapat dilakukan kerana sudah dapat mengesan status kenderaan berkenaan.

“Kita juga akan meminda prosedur operasi standard yang mana semua syarikat insurans diwajibkan untuk mendaftar semua kereta yang ‘total loss’ dengan JPJ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...