Khamis, 2 April 2015

GUGUR NYA PAHLAWAN LGBT BUKAN GST ???

Pemimpin Pembangkang Buat-Buat Terkejut !!!
KUALA LUMPUR: Pimpinan pakatan pembangkang terkejut dengan pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seolah-olah tidak bersedia dengan perkembangan terbaharu itu, wakil rakyat pembangkang mahu semua pihak memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan tindakan susulan berhubung perkara itu.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi merancang langkah yang perlu diambil, termasuk calon yang akan diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, jadi pimpinan atasan akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk menentukan apa yang akan dilakukan seterusnya.
"Memandangkan berita ini pun baru sahaja diketahui, beri kami sedikit ruang (tentukan calon),” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Pada Rabu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas petisyen rayuan pengampunan Anwar ditolak.
Keputusan itu sekaligus bermaksud hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu akur dengan keputusan yang menolak petisyen rayuan keluarga Anwar berhubung sabitan kes liwatnya.
"Speaker telah memberikan keputusan, kami akur dengan undang-undang dan kami akan susun strategi yang perlu dilakukan selepas ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...