Translate

28/04/2015

Datuk Chong Wei digantung 8 bulan


KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikenakan hukuman gantung lapan bulan selepas didapati bersalah ekoran pengambilan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada 30 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjatuhkan hukuman penggantungan itu bermula pada hari pengambilan sampel air kencing pada 30 Ogos hingga 30 April ini, sekali gus membolehkan Chong Wei dibenarkan beraksi semula bermula 1 Mei depan dan men­yertai Piala Sudirman di China (10-17 Mei) dan Sukan SEA di Singapura (5-16 Jun).

BWF dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa dexamethasone yang diuji ketika ujian doping itu berpunca daripada kapsul suplemen herba, cordyceps yang diambil bekas pemain No. 1 dunia itu sebagai makanan tambahan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, cordyceps telah diamalkan oleh Chong Wei sejak berusia 13 tahun dan disahkan selamat oleh pakar pemakanan Institut Sukan Negara (ISN).
Menurut beliau, kes yang me­nimpa Chong Wei itu merupakan kes terpencil apabila bahan terlarang tersebut mencemari kapsul pil yang diambil atlet itu.
“Saya ingin menegaskan bahawa bahan terlarang dexametahsone terdapat pada kapsul yang mengandungi cordyceps. cordyceps merupakan produk makanan semula jadi dalam bentuk suplemen herba.
“Chong Wei telah mengambil cordyceps sejak berusia 13 tahun kerana keluarganya percaya ia bagus untuk kesihatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...