Jumaat, 6 Mac 2015

TUNJUK POWER MAKAN DIRI SENDIRI, PADAN MUKA !

Pemilihan CWC MIC diteruskan dan Palanivel bukan anggota MIC lagi – Subramanian


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Pemilihan semula kepimpinan MIC tetap diadakan, bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti komponen Barisan Nasional itu.

Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah.

Subramaniam berkata ia berdasarkan perlembagaan parti di bawah Perkara 91 dan 15.6 yang melarang mana-mana anggota parti daripada memfailkan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).


“Mana-mana anggota parti yang berbuat demikian akan dilucutkan keahlian serta-merta,” katanya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata, tindakan itu selaras arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sejak Disember 2014 dan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat krisis MIC berakhir pada Jun ini.

“Ini adalah perjuangan politik yang paling buruk, bermula selepas pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2013 yang semakin rumit dari hari ke hari.

“Amat malang sekali, disebabkan beberapa individu tidak berpuas hati dengan prosedur pemilihan, sekaligus telah mengheret isu ini hingga ke mahkamah,” katanya dalam perjumpaan bersama media di sebuah hotel, hari ini.

Menurutnya, tindakan seorang pemimpin MIC mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah ROS sebelum ini, tidak akan menjejaskan perjalanan pemilihan semula itu.

“Proses itu (semakan kehakiman) mungkin akan berpanjangan…mungkin akan sampai ke Mahkamah Persekutuan. Kita akan teruskan pemilihan, biarpun proses mahkamah ini sedang berjalan,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...