Isnin, 23 Mac 2015

THAMBI PALANIVEL BUAT HAL LAGI ?


BUTTERWORTH, 22 Mac: MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Sumber: Klik sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...