Selasa, 3 Mac 2015

MENTERI BANGANG > BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DITEGUR ?


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC), Datuk Seri G. Palanivel yakin beliau akan memenangi pemilihan semula parti itu yang dijangka akan diadakan beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata lebih tiga ribu cawangan MIC telah menyatakan sokongan terhadapnya walapun parti itu kini berhadapan dengan krisis dalaman.

"Di Facebook sahaja kira-kira 800 ribu menyatakan sokongan kepada saya sama ada daripada badan kerajaan atau daripada badan bukan kerajaan. Saya akan melakukan perjuangan di tiap-tiap tempat dan jumpa ahli di setiap bahagian.


Beliau yang ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-66 hari ini berharap agar parti kaum India tertua di negara ini dapat diperkukuh dan mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Apa yang penting ialah kita perlu memperkukuhkan parti kita di peringkat bawah, di peringkat bahagian dan kita perlu mendapat sokongan dari semua cawangan-cawangan."

"Kita perlu letak MIC dalam satu proper order. Itu sangat penting," kata Palanivel bagi mengulas isu pergolakan yang kini melanda MIC.

Ditanya bila mesyuarat jawatankuasa MIC, CWC, akan dilakukan, menurut Palanivel, sebelum mesyuarat tersebut diadakan, beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan ahli partinya dan tarikh akan diumum kelak.

Kira-kira 500 hadir majlis sambutan hari jadi Palanivel pada petang tadi.

Pada 25 Feb, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan berkata beliau masih belummendapat ada-apa arahandaripada presidennya untuk mengadakan mesyuarat.

Kemelut MIC timbul setelah RoS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, yang diadakan di Melaka pada November 2013. Ia susulan aduan berlakunya penyelewengan dan dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Pada 9 Feb lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mengadakan pemilihan semula semua jawatan antara April dan Julai tahun ini bagi mengelak parti itu dibatalkan pendaftarannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...