Isnin, 9 Mac 2015

INILAH YANG DITUNTUT DALAM ISLAM > DR. ASRI DAN USTAZ KAZIM BERDAMAI


KUALA LUMPUR, 9 Mac: Salah faham di antara dua penceramah bebas terkenal di negara ini akhirnya menemui pendamaian selepas lima hari perkara itu berlaku.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman Facebooknya memuat naik gambarnya bersama Datuk Mohd Kazim Elias di sebuah kedai di Kangar, Perlis.

Dengan status ditulisnya ‘Minum dan tersenyum’, kedua-dua penceramah yang pernah mencetuskan kontroversi itu dilihat bersalaman dan bergambar bersama.

“Saya Alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini.

“Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara Muslim di cafe yang sedap menunya,” katanya pada Ahad.


Perselisihan faham bermula apabila Dr Asri dikatakan tidak bersetuju penceramah bebas Ustaz Kazim menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena Hari Keputeraan Raja Perlis dalam satu maklum balas suratnya yang mula tersebar di laman sosial.

Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan pemilihan Ustaz Kazim sebagai ahli panel kerana dikatakan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

Kazim kemudiannya mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab tuduhan ke atas dirinya dan pihak berkenaan seharusnya menghubungi beliau sendiri mendapatkan penjelasan berhubung riwayat yang dianggap palsu.

Ramai pihak yang mahukan mereka berbaik semula dan berhenti menyerang satu sama lain demi kebaikan agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...