Ahad, 15 Mac 2015

HADI PERLU BERHATI-HATI PERPECAHAN MENANTI !!!


KUALA LUMPUR, 13 Mac: Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka, dikecam dan disifatkan tidak wajar.

Malah, Mohamed Hanipa juga dilihat bersikap angkuh, kerana apabila ditegur berhubung perkara itu, Ahli Parlimen Sepang itu seolah-olah memberi reaksi “acuh tak acuh”.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, perbuatan Mohamed Hanipa mengkritik Presiden parti tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli PAS, kerana tindakan itu boleh memperluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan ahli.


“Sepatutnya tidak perlu berbuat begitu, kita ada saluran dalaman parti untuk mengkritik mahupun menegur.

“Dan saya juga sudah menegur tindakan beliau ini, selepas mengetahui perkara tersebut, tetapi beliau memilih untuk menjawab ‘agree to disagree’ (bersetuju untuk tidak bersetuju) dengan teguran saya itu,” jelas Suhaizan kepada The Rakyat Post, ketika dihubungi hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...