Isnin, 30 Mac 2015

DAP BERKUASA KE ATAU UNDANG-UNDANG ??


LIM GUAN ENG JANGAN TUNJUK ANGKUH DAN BESAR KEPALA ????

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pakatan pembangkang yang diwakili oleh Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng hari ini gagal dalam usaha menyekat pihak polis melakukan tangkapan berkaitan himpunan #KitaLawan.

Beliau yang bangun di dalam Dewan Rakyat dengan tujuan mengecam tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan rakan seperjuangannya ditegur oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Lim menggunakan usul memerintah KPN memberi kemudahan laluan kepada semua ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen sebagai alasan kepada menghalang tindakan tersebut.


“Saya ingin memohon supaya majlis ini mengarahkan KPN supaya jangan menahan lebih lama daripada tempoh yang munasabah.

“Kami tidak melarang sebarang tangkapan ikut undang-undang, tapi janganlah apabila didakwa kerana berhimpun tanpa permit ia dijadikan satu jenayah yang amat serius, macam membunuh atau melakukan rasuah.

“Sebagai contoh, Khalid Samad ditahan awal pagi, Ahli Parlimen Pandan (Rafizi Ramli) digari dan berkaki ayam, ini bukan cara MP dilayan,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagaimanapun, usul berkenaan tidak terpakai buat peserta demonstrasi awam seperti yang baru berlangsung Sabtu lalu melalui himpunan #KitaLawan.

Susulan himpunan tersebut, beberapa pimpinan tertinggi pembangkang telah ditahan polis bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Usul tersebut bagaimanapun tidak dilayan Ronald memandangkan ia tidak termasuk di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Isu yang YB bawa adalah isu berkaitan kuasa polis. Ia tiada kaitan dengan usul (halang MP hadir),” jelas Ronald.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...