Translate

14/02/2015

TIDAK MAMPU BUAT KERJA, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN


Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang lepas jawatan

GEORGETOWN: Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Siti Azmeera Mohd Azmi melepaskan jawatannya itu berkuatkuasa hari ini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata Siti Ameera melepaskan jawatan yang disandangnya untuk penggal 2013 hingga 2016 dengan rela hati kerana tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas sebagai ketua puteri negeri.


Sehubungan itu jawatan berkenaan disandang Ketua Puteri Bahagian Kepala Batas, Nurul Haida Mahamad berkuatkuasa serta merta.

"Siti Azmeera sebelum ini memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melepaskan jawatannya itu, bagaimanapun kami di peringkat pusat memintanya supaya mempertimbangkan semula," katanya selepas pertemuan dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menerusi mesyuarat bersama Puteri UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini, pergerakan itu memutuskan untuk membuat perubahan jawatan selepas mengambil kira permintaan Siti Azmeera.

"Puteri UMNO mengucapkan terima kasih kepada Siti Azmeera atas kesungguhan dan kerjasama yang diberikan kepada pergerakan ini selama ini, " katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...