Ahad, 1 Februari 2015

Teresa Kok buat hal lagi !!!


KUALA LUMPUR, 1 Februari: Setahun selepas menerbitkan klip video ‘Onederful Malaysia CNY 2104’, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok tampil menerbitkan satu lagi klip video untuk Tahun Baru Cina berbentuk sindiran yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan beberapa pemimpin negara tahun ini, walaupun beliau masih berdepan perbicaraan kes Akta Hasutan kerana video kontroversinya tahun lalu.

Klip video Teresa tahun ini berjudul1 Goat Year 1 Great Family’ (1 Tahun Kambing 1 Keluarga Besar) menjadikan satu (1) sebagai tema jenakanya.


Pelakonnya popular juga bertambah kerana turut ‘dibintangi’ oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli DAP, Hew Kuan Yau, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel dan pelakon Lim Jing Miao.

Dengan mengekalkan tema dari video Tahun Baru Cina tahun lepas, video tahun ini memaparkan Teresa dan kawan-kawannya berkumpul membuat persediaan sambutan perayaan dan sambil mengkritik isu semasa dan dasar negara menggunakan kiasan dalam dialog, grafik, pakaian dan prop.

Walaupun semua skrip dialog mengelak menyebut secara langsung mana-mana individu atau tokoh, namun mereka yang biasa dengan suasana sosio-politik negera ini akan dapat mengesan individu yang cuba dikaitkan dalam klip video berdurasi lima minit itu.

Ia dirakamkan sebahagian besarnya dalam bahasa Mandarin, namun terdapat beberapa adegan di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, selain disediakan sari kata untuk membantu penonton memahaminya.

Susulan penerbitan klip video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ tahun lepas, Teresa didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memfitnah dan menghina pasukan keselamatan dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

Ia membangkitkan kemarahan dan bantahan banyak pihak, hingga beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau.

Teresa bagaimanapun menafikan video itu memperlekehkan angkatan tentera, mana-mana agensi mahupun mana-mana individu lain, dan mempertahankan ia hanya sindiran semata-mata.

Kes itu kini menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...