Rabu, 25 Februari 2015

TAK SAMPAI SEBULAN DALAM PENJARA NAK MINTAK AMPUN PULAK ???


Menurut facebooker itu, kira-kira 12 jam lalu, Anwar tidak mahu memohon pengampunan Diraja yang akan membawa maksud mengaku melakukan aktiviti homoseksual.

Namun, berbeza pula dengan tindakan ahli keluarga Anwar yang diketuai Wan Azizah apabila memohon pengampunan Diraja kira-kira lima jam lalu.

“Secara peribadi (mewakili Anwar) memohon pengampunan Diraja ertinya mengakui bersalah melakukan liwat dan dengan itu permintaan tersebut perlu dipertimbangkan?


“Tidak secara peribadi (tanpa restu Anwar) tetapi keluarga Anwar memohon pengampunan Diraja bermakna tidak perlu dilayan permintaan itu dan juga bermaksud seluruh keluarga mengakui Anwar bersalah dalam liwat tersebut?
“Semua ini amat mengelirukan,”kata Lim Sian See.
Pagi semalam, PKR melalui Setiausaha agung parti Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan Diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Namun, keputusan itu berubah pada sebelah petang, apabila Wan Azizah telah memohon pengampunan Diraja dengan menyerahkan petisyen pengampunan kepada pihak Istana Negara kira-kira pukul 3.30 petang.

Petisyen itu dikemukakan bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau raja atau yang dipertua negeri seberapa segera selepas sabitan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...