Translate

26/02/2015

PENJARA DAN PARLIMEN, MACAM BAPAK DIA PUNYA ???


PKR CUBA UNTUK MEMPERKOTAK-KATIKAN UNDANG-UNDANG NEGARA SERTA MEMPERMAIN-MAINKAN  PERLIMEN DAN INSTITUSI DIRAJA ?

PKR mahu Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh hadir pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR melalu sekretariatnya akan mendapatkan kebenaran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar melaksanakan tugasnya, hadir ke Parlimen seperti biasa.

Anwar kini dipenjarakan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Beliau bagaimanapun masih memegang jawatan ahli Parlimen sehingga permohonan pengampunan daripada Yang Dii-Pertuan Agong (YDPA) diketahui.

"Sekretariat Parlimen PKR yang diketuai Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani) akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan beliau hadir pada sesi persidangan akan datang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 9 Mac ini.

"Susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, persoalan ketua pembangkang dan pilihan raya kecil (PRK) juga tidak timbul," katanya.

Pandikar Amin pada Selasa mengesahkan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan hanya ditentukan selepas petisyen pengampunan diputuskan oleh YDPA.

Ahli keluarga Anwar lewat petang semalam dilaporkan menghantar permohonan itu pasa saat-saat akhir.

Anwar sebelum itu yakin beliau tidak akan membuat sebarang permohonan ampun daripada YDPA.

Tindakan ahli keluarganya cuba digambarkan sebagai 'kejutan' sementelah permohonan pengampunan itu hanya akan dibuat jika Anwar mengakui kesilapan yang dibuatnya.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Anwar, 67, setelah menolak rayuan akhirnya terhadap hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...