Translate

27/02/2015

MARUAH JABATAN TERGADAI DENGAN TELEFON BIMBIT !!

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seramai lima pegawai kastam kelmarin selepas disyaki menerima suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan kenderaan mewah.
Kelima-limanya yang berusia antara 27 hingga 39 tahun dan bertugas di pejabat jabatan kastam Negeri Sembilan itu diberkas di pejabat mereka pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kelima-lima mereka disyaki menerima telefon bimbit sebagai suapan untuk melepaskan pengadu atas kesalahan memiliki kenderaan mewah yang diseludup dari negara jiran.

Difahamkan, pemilik kenderaan itu membawa masuk kenderaan tersebut yang tidak dibayar cukai menyebabkan pegawai kastam mengambil tindakan ke atasnya.
Kelima-lima penjawat awam itu kini direman selama seminggu sehingga 4 Mac depan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Shaharom Nizam Abdul Manap ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...