Selasa, 24 Februari 2015

KJ JANGAN JADI BANGGANG, BANYAK KERJA LAIN YANG PERLU DILAKUKAN


RAKYAT SUDAH TAHU DAN MUAK DENGAN KES LIWAT ANUAR AL JUBURI....... TAK PERLU NAK TERANGKAN LAGI KEPADA RAKYAT. KEPUTUSAN MAHKAMAH ADALAH MUKTAMAD. 

Setelah enam tahun mengambil pendekatan berdiam diri berhubung Kes Liwat II, Umno akhirnya mengumumkan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi memberi penjelasan kes itu kepada rakyat.

"Peguam bela (Anwar) kata ini (Liwat II) konspirasi politik dan tuduhan dibuat kepada Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Jadi bila dituduh, kamu harap kami nak duduk diam? Kami duduk diam kerana hormati proses undang-undang, kami berdiam diri daripada berkata apa-apa," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata, tindakan Umno berdiam diri selama ini adalah bagi menghormati dan enggan mengganggu perjalanan proses mahkamah.

Oleh itu katanya, memandangkan kes tersebut telah selesai, sudah tiba masanya untuk Umno menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat. ( Ini bermakna apa yang diputuskan oleh Mahkamah ADALAH TIDAK BENAR ????? )

Ini katanya adalah bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat, apatah lagi pembangkang masih lagi mengambil kesempatan di atas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

"Kami Umno terpanggil untuk bawa siri penjelasan ini. Bukan sekali saja, tetapi selepas ini akan diadakan di Pulau Pinang," ujar Khairy.


Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...