Translate

20/02/2015

DASAR KOMUNIS SEBELUM MEMERINTAH ??


MUAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyelar kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Razali berkata kenyataan itu menunjukkan tanda-tanda parti pembangkang mahu campur tangan dalam bidang perundangan.

"Kenyataan itu hanya untuk memberi semangat kepada penyokongnya seolah-olah perjuangan mereka betul walaupun sebenarnya tidak.


Hanya dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Anwar boleh dibebaskan tetapi kata-kata Kit Siang itu seolah-olah undang-undang dalam tangan dia," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah Ketua MCA Bahagian Muar, Tay Puay Chuan di Pekan Sri Menanti, Parit Jawa, di sini, Jumaat.

Razali berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang dilaporkan di dalam beberapa portal berita bahawa Anwar boleh dibebaskan dengan menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

"Membebaskan orang yang didapati bersalah oleh mahkamah, sebenarnya mencampuri urusan sistem kehakiman negara," kata Razali.

Beliau yang juga Anggotai Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Parlimen Muar itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan demikian kerana mahu dilihat kononnya Anwar teraniaya.

Razali berkata pembangkang nampaknya bimbang akan terus hilang momentum sokongan rakyat terhadap mereka berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sehubungan itu beliau meminta supaya semua pihak berhenti menggunakan kes liwat Anwar untuk meraih simpati rakyat termasuk tidak lagi menghina dan menuduh institusi kehakiman negara yang digambarkan dipengaruhi serta tidak bebas.

"Apa pun saya percaya kenyataan Kit Siang itu juga ada kaitan dengan dua  pilihan raya kecil yang dijangka diadakan di Permatang Pauh dan Chempaka supaya rakyat terpengaruh dan terus keliru," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...