Rabu, 18 Februari 2015

5 TAHUN TIDAK MENCUKUPI ?



SUBANG: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan merujuk kepada Peguam Negara tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina mahkamah pada prosiding rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.

Pada 'Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, di sini, malam tadi, katanya beliau akan mengutus surat mengenai perkara itu kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Makluman itu, katanya, adalah bagi meneliti dan berbincang sama ada Ketua Umum PKR itu yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, wajar dikenakan tindakan atau tidak.


Beliau berkata, sebarang bentuk penghinaan terhadap institusi mahkamah tidak harus dianggap biasa kerana kesannya akan menyebabkan rakyat terkeliru selain mengundang persepsi salah dan negatif terhadap badan kehakiman.

"Kita akan lihat...saya akan berbincang nanti dengan Peguam Negara sama ada Anwar patut dikenakan tindakan atau tidak atas sebab menghina mahkamah," katanya yang bertindak sebagai Ketua Pendakwa Raya kes rayuan berkenaan.

Muhammad Shafee mengulas soalan dibangkitkan tetamu berhubung tindakan Anwar yang "mengejutkan" mahkamah apabila mendakwa institusi itu sebagai "rakan subahat" bagi menamatkan karier politik beliau.

Hadir sama pada program itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun serta beberapa EXCOnya.

Dialog yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri kira-kira 500 tetamu, majoritinya adalah generasi muda.

Memulakan dialognya malam tadi, Muhammad Shafie menerangkan secara terperinci hampir 35 minit fakta kes liwat yang berlaku antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...