Rabu, 21 Januari 2015

Lebih 300 rakyat China jadikan Malaysia transit sertai IS selain daripada pelacuran ???


PUTRAJAYA: Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan IS, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei dalam pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid di sini, hari ini.


Ahmad Zahid berkata, Kuala Lumpur dan Beijing memandang berat isu ancaman keselamatan dan komited untuk mengekang masalah itu secara lebih teliti.

"Walaupun ada perjanjian antara Malaysia dan China untuk atasi masalah keganasan dengan tindakan menangani keganasan, tapi masalah ini berat.

"Ini kerana kita dapati terdapat jalinan di peringkat antarabangsa antara pengganas-pengganas dari China dengan pengganas-pengganas dari negara lain di rantau Asia Tenggara," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Meng itu. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...