Translate

25/01/2015

JAKIM TAKUT ATAU SEBALIKNYA ???

Jakim Boleh Saman Eric Paulsen Kerana Menfitnah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Jakim boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.


Mohd Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah, berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain daripada pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

"Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama.

"Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulse, yag juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty.

Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Jan lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak.

Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...