Translate

20/01/2015

BERITA LUAR BIASA > SALAHUDDIN GANTI HADI ?????


PETALING JAYA: Selepas mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden PAS, bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff sekali lagi mencetuskan kontroversi membabitkan kerusi nombor satu itu.

Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.


"Bagi saya Salahuddin adalah orang yang paling layak. Beliaulah satu-satunya Mr Clean dalam PAS...beliau tidak memihak. Tak ada apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau.

"Takkan nak letak Mat Sabu (Mohamad)? Ada banyak persepsi dan tuduhan terhadap beliau...isu syiah, kuli DAP dan macam-macam lagi.

"Sama juga dengan Datuk Husam. Beliau ada banyak isu di Kelantan, ramai yang tahu bahawa beliau sendiri ditolak di Kelantan," katanya kepada mStar Online pada Isnin malam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...