Translate

07/09/2014

DAH TAHU NUAR AL-JUBURI KERAS KEPALA... SINGKIRKAN SAJA ???


Perkara yang berlaku ini, semuanya dengan izin Allah S.W.T kepada kita semua. Ingat lah...

Syeikh Abdul Hadi telah sedar segala-galanya, satelah dilantik menyertai MAJLIS ULAMA SEDUNIA.  Semuanya ini jugak dengan izin Allah.

DAP sememangnya suka melihat orang Melayu terutama Islam bercakaran sesama sendiri !!

BOM ATOM AZMIN ALI PULA BILA NAK MELETOP ???

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilabel laman PAS, Tranungkite sebagai ‘arkitek’ penghancur Pakatan Rakyat khususnya berkaitan isu Menteri Besar Selangor (klik).

06/09/2014

LANGKAH KAJANG DITUKAR KE LANGKAH HADI ???


Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai "Langkah Hadi (Klik)", dilihat "mengingkari" keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

SIASAT JANGAN TAK SIASAT ?

Kes TBH (Klik): Mahkamah Rayuan putuskan ia kematian dalam tahanan

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

05/09/2014

Nur Jazlan Mohamed buat hal ?


Ketua Umno Bahagian Pulai mencadangkan parti berkenaan menyediakan platform untuk rakyat berbincang serta membahaskan isu berkaitan secara terbuka dalam bentuk ilmiah sebagai usaha menerapkan politik baru dan matang dalam Umno.

Datuk Nur Jazlan Mohamed yang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Pulai selama tiga penggal mengakui Umno sering dilihat sebagai parti yang tertutup dan tidak menggalakkan perdebatan mengenai isu berkaitan rakyat secara terbuka di kalangan ahlinya, kecuali ketika Mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung parti.

Umno perlu berubah, kerana rakyat sudah berubah dan perubahan yang dikehendaki golongan akar umbi terutamanya orang muda, adalah melihat pemimpin mereka berbahas secara ilmiah dengan fakta, sekaligus lari daripada politik yang berasaskan perkauman.

“Ini juga antara ‘wow factor’ yang dicari Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya percaya ramai pemimpin muda serta lama dalam parti bersetuju mengenai perkara ini,” katanya hari ini.

04/09/2014

TAHNIAH SPRM : 12 pegawai Kastam ditahan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull, kejayaan menahan mereka adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Kata beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

02/09/2014

ANWAR membisu seribu bahasa ? ATAU ?


ATAU kata-kata PM Najib  “sometimes we must work quietly in the service of a better outcome”... yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik” ( Klik )

Pendedahan Anwar Ke Israel Pada 20 Ogos? (Klik)

BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Dan jangan lupa (KLIK DISINI JUGA)

01/09/2014

APMM TAK MAMPU MENYAINGI PASUKAN MERIN POLIS ?


Memang tidak dinafikan ketangkasan serta keberkesanan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Pasukan Polis Merin (PPM) semakin menyerlah, walaupun dalam keadaan yang daif.

PPM dalam serba kekurangan ketika ini satelah banyak aset diserah kepada APMM, namun begitu bagi membendung gejala jenayah merentas sempadan yang kian membimbangkan diperairan Malaysia aset baru perlu ditambah.

Pelabuhan Klang: Pasukan Polis Marin (PPM) terus memperkukuhkan aset mereka bagi membendung kegiatan jenayah di pesisir pantai di seluruh negara.

Senarai Nama MB Selangor Baru diputuskan PAKATAN RAKYAT ???


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.

Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...