Translate

07/08/2014

LANGKAH 'ARAB SPRING' ANWAR AL-JUBURI TIDAK BERJAYA !!!

Surat Tunjuk Sebab: Khalid Dedah Rahsia Langkah Kajang
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama berhubung nasibnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Mendedahkan perkara itu, Abdul Khalid berkata, 'Langkah Kajang' dilaksanakan sebagai 'arahan' oleh partinya  tanpa memberi pertimbangan  wajar mengenai kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Selangor.

06/08/2014

SUDAH SAMPAI MASANYA UMAT ISLAM BERSATU !!!


SATU TINDAKAN YANG DRASTIK, CEPAT DAN TEPAT  SEBELUM TERLAMBAT !!!

PERKARA YANG BAIK PERLU DISEGERAKAN. JANGAN IKUT CARA PKR. LAIN ORANG SIBUK DENGAN KEBAJIKAN RAKYAT, MEREKA SIBUK DENGAN DASAR-DASAR KEPERIBADIAN NUAR AL-JUBURI.

SEMUA TERBONGKAR. KENAPA DULU TIDAK DIUMUMKAN, SEKARANG BARU DI UMUM ???

INI MENUNJUKKAN DASAR PEMERINTAHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH PEMIMPIN PKR TIDAK TELUS.

Datuk Mujahid Rawa dan Datuk Saifuddin Abdullah, dua ahli politik PAS dan Umno membuat keputusan untuk bergabung memulakan gerakan untuk memerangi masalah perkauman di Malaysia.

Masih belum jelas sama ada parti masing-masing merestui rancangan mereka tetapi Tamrin Ghafar daripada PAS, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba sudah dijemput untuk menyertai mesyuarat pertama badan bukan kerajaan (NGO) itu minggu depan.

"Pada dasarnya kita bersetuju untuk menubuhkan NGO ini dengan Mujahid menjadi pengerusinya manakala Saifuddin menjadi timbalannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider.

05/08/2014

BUBAR DUN SELANGOR DAN LOMPAT UMNO !!!


DAP menyokong pertukaran menteri besar Selangor kerana tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu melibatkan hal ehwal Islam menyerlahkan jiwanya sebagai "nasionalisme Umno", kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin berkata, Khalid berhati-hati dalam perkara menyentuh kesucian dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis dan institusi agama negeri.

"Hal ini terserlah dalam masalah bible, hudud dan lain-lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme  Umno," kata bekas menteri penerangan itu yang lebih dikenali sebagai Zam. 

Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga mengaitkan kemarahan DAP terhadap Khalid dengan dakwaan budaya rasuah masyarakat Cina.

04/08/2014

Melarang warga asing menjadi tukang masak masakan tempatan !!


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti mempolitikkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang baik untuk rakyat dan mengamalkan politik matang bagi terus menarik sokongan rakyat terhadap parti.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, jika ada dasar kerajaan PR yang dilihat baik untuk negara, ia seharusnya dipuji dan diikuti di peringkat kerajaan pusat bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan yang menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang melarang warga asing daripada menjadi tukang masak masakan tempatan.

03/08/2014

Pendedahan Wikileaks: Anwar adalah pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran Islam, Ikhwanul Muslimin ???



PETIKAN terjemahan dariAkhbar Tempatan Israel ourjurusalem.com.

Dan ErdoÄŸan bukan kes terpencil. Rangkaian Nya Islam termasuk Anwar Ibrahim Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin semasa pembangkang. Ibrahim kini dalam percubaan untuk apa penyokongnya mengatakan adalah tuduhan-up liwat, dan rakan-rakan yang berkuasa di Amerika Syarikat, seperti Al Gore dan Paul Wolfowitz, telah lantang mempertahankan dia sebagai seorang Muslim sederhana dianiaya yang seharusnya menjadi contoh jenis Islam Amerika Syarikat telah - dan harus - menggalakkan. 

Hillary Clinton, dalam peranannya sebagai setiausaha negara, meminta mesyuarat muka-ke-muka dengan Anwar bulan lalu, dan apabila ia tidak berlaku, dia ditekan kepimpinan Malaysia secara peribadi dan secara terbuka bagi pihak Anwar.

02/08/2014

CARA MANA PUN ANWAR MAHU HANCURKAN MALAYSIA - ADAKAH INI JUGAK RANCANGAN ANWAR ???


Malaysia tidak pernah jalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas, kata Zahid Hamidi
Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia ini adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.

HUSAM MUSA BALAS DENDAM PADA DR. MOHD ZUHDI ???

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.

Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.

"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.

Bagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu.

"Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya.

Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas.

Sumber: KLIK DISINI

01/08/2014

PEMIMPIN SERTA AHLI PAS BUAT LAH SEMBAHYANG TAHJUD KAN MUDAH ???


TAK PERCAYAKAN TAKDIR TUHAN ATAU BUAT-BUAT TAK TAU ???

SHAH ALAM - Tindakan PKR mahu meletakkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor boleh menyebabkan perpecahan dalam PR.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perpecahan boleh diandaikan berlaku kerana pimpinan dalam PR selesa dan berpuas hati dengan corak pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...