Translate

07/05/2014

IDRIS HARON TAU TAK SEJARAH PULAU NANGKA ???

KETUA MENTERI JANGAN CEPAT NAK MELATAH, BIAR LAH MEREKA BUAT KERJA DULU ???
JASIN: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab mencari artifak lama di kawasan tempat tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka menafikan dakwaan bahawa pekerja syarikat tersebut menanam dua keping duit syiling lama yang ditemui di sini minggu lalu.
Smart Partnership International (M) Sdn Bhd berkata pada Isnin bahawa kepingan duit syiling itu ditemui oleh pekerjanya ketika menggerudi tembok dinding batu di pulau tersebut.
Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said memberitahu pemberita bahawa syarikat tersebut telah menyerahkan duit syling itu kepada Perbadanan Muzium Melaka untuk mengesahkan ketulenannya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak begitu yakin duit syiling yang ditemui itu datangnya dari kawasan tersebut (Pulau Nangka).

Mohammad Foad berkata, pintu masuk ke gua yang mengandungi harta karun terletak dibawah beberapa batu besar yang cuba dialihkan syarikat tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, polis sedang memantau kepulauan itu untuk memastikan keselamatan dan kerja mengesan harta karun itu diteruskan tanpa sebarang masalah.

"Anggota polis marin akan berhubung dengan syarikat itu untuk terus dimaklumkan mengenai setiap perkembangan mengenai misi pencarian itu," katanya.

06/05/2014

Kelajuan jalur lebar Malaysia 3 kali lambat daripada Vietnam



SHAH ALAM: Berdasarkan kajian global terbaru, purata kelajuan jalur lebar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Vietnam dan Kemboja di rantau ini dan melebihi sedikit daripada Myanmar.

Hampir tiga kali lebih perlahan daripada Vietnam di tangga 58 pada kelajuan 14.14 Megabit sesaat, Malaysia dengan kelajuan 5.48 Megabit sesaat (Mbps) menduduki tempat ke 126 daripada 192 negara yang dikaji dari Mei 2013 hingga April tahun ini.
Berada pada kedudukan teratas ialah Hong Kong dengan kelajuan 78.3 Mbps.
Singapura berada di tempat kedua dengan 66.6 Mbps manakala Korea Selatan berada di kedudukan keempat (53.77Mbps).
Berada di kedudukan ke-23 ialah United Kingdom (26.85Mbps) dan Amerika Syarikat di tangga ke-32 (23.9Mbps).
Kajian itu dijalankan oleh Ookla – ujian jalur lebar global dan rangkaian berasaskan web syarikat yang membandingkan kelajuan muat turun, memuat naik dan kualiti sambungan jalur lebar.
Mengulas mengenai kajian itu, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan multimedia Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dr Neoh 

Vee Heng berkata anggotanya seramai 2,678 secara amnya mengambil berat tentang kelajuan rangakaian internet di negara ini termasuk kos capaian yang tinggi.
“Seorang ahli kita yang melabur dalam projek besar di Sepang bimbang tentang kelajuan jalur lebar 1Mbps di kawasan itu,” katanya.
Menurutnya, FMM akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membincangkan bagaimana perkhidmatan jalur lebar dapat diperbaiki dan dalam masa yang sama kosnya dikurangkan.
Sementara itu Setiausaha Agung Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, sambungan internet yang perlahan adalah antara rungutan utama pengguna.
“Pengguna mendaftar untuk pakej mahal dan mengharapkan sambungan internet yang stabil dan cepat, namun syarikat-syarikat telekomunikasi gagal untuk memenuhinya,” katanya dipetik MStar Online.

05/05/2014

Hasrat PAS tidak mungkin terlaksana jika DAP dan PKR terus menentang



Namun itu hanya satu cara untuk memasung PAS dalam jerangkap politik supaya memadamkan impian Negara Islamnya. Negara Berkebajikan menjadi alternatifnya. 

Bagaimanapun ahli-ahli PAS yang ikhlas dengan matlamat perjuangan parti berasa tiada banyak maknanya menegakkan sebuah negara berkebajikan tanpa perundangan Ilahi. Maka dengan takzim ia memohon pada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud di Kelantan. 

Cerita selanjutnya sudah diketahui. PAS tidak boleh berbuat demikian tanpa restu DAP dan PKR. Itu hukum yang termaktub dalam perlembagaan Pakatan Rakyat berdasarkan Kitab Jingga. 

Kembalilah pada al Quran dan Sunnah. Sudah berkali-kali PAS kena patukan politik DAP dan PKR. mengapa mahu laksana hukum Allah menurut kitab buatan manusia? Kenapa masih tidak serik lagi?

Sementara itu entah malu dikatakan menentang Islam atau sudah “terdidik” oleh tarbiyah PAS yang sentiasa istiqamah untuk melaksanakan hukum Islam, Umno mula menunjukkan kecenderungan mewariskan hukum hudud pada generasi muslim akan datang.

Apakah PAS pula masih dilanda virus Umno-fobia? Kini PAS dianugerahkan berada dalam keadaan paling strategik. Baik DAP dan PKR mahupun BN mahu menyuntingnya menjadi teman politik. 

Namun yang pasti bersama DAP dan PKR ia haram melaksanakan hudud. Umno pula kelihatan terkapai-kapai mencari tapak untuk mengukuhkan jatidiri muslimnya. Hudud adalah satu formulanya. Sudikah PAS membimbingnya?

Sumber:antarapos

04/05/2014

Musibah Besar Mengintai Umat Islam di Malaysia


Ya Allah...takut dan sedih. Lokasi tak tahu kat mana..tapi itulah realiti kini..yang kita tak tau...macam2 lagi.

Agama baru Kristian Ortodok dari Syria dan Lebanon. Gereja saperti masjid.. Bila dengar bacaan tu macam alunan ayat quran..

Takut rasa utk anak2 kita generasi akan dtg kalau kurang tauhid INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN... 

Musibah Besar Mengintai Umat Islam. Ada agama baru yang masuk di Indonesia dari Syiria & Libanon, Agama Kristian yang menyerupai Islam. Namanya Kristen Ortodoks Syiria (KOS) Mereka sembahyang, puasa, zakat, Gerejanya berbentuk Masjid, dan lain-lain lagi.

Demi Islam & Kaum Muslimin, buka segera & sebarkan ke yang lain, Video Ini pulak maybe agama baru KOS (Kristen Ortodoks Syria).

Now sedang berleluasa di Indonesia..

Yang dibaca tu bukan Quran tapi Kitab Injil dalam bahasa Arab.

KOS ni semua benda dia tiru Islam... bacaan2 dll...

KOS ni kat luar sebijik mcm Islam tapi masih pegang tuhan 3.

Ada orang Islam, beli Al-Quran cetakan terbaru, ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah tersebut : 1. AL-IMAN 2. AL-WASAYA 3. AL-TASAJUD 4. AL-MUSLIIN. Sebarkan informasi ini ke umat nabi Muhammad SAW. jangan takut, kerana Allah akan menggantinya berlipat ganda, tapi jika berhenti di tangan anda, bererti anda tidak peduli dengan Islam. Yang muslim, teruskan copy/share.

03/05/2014

KSN PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA DAN BUKTIKAN !!

Penjawat Awam Sertai Perhimpunan Boleh Dibuang Kerja - KSN

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
Menurutnya, penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di sini, Jumaat. Turut hadir Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

02/05/2014

Serpihan MH370 Ditemui ???

Ahli Arkeologi Marin British Dakwa Temui Serpihan MH370

AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan  Malaysia Airlines yang bewarna merah.

Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney.

KES TERPENCIL DAN LUAR BIASA !!!


HARI INI DALAM SEJARAH DUNIA MELIBATKAN NASI GORENG PEDAS ???

JOHOR BAHRU 30/04/2014 - Kes berlaku melibatkan seorang warga emas rakyat Singapura berumur 60 tahun, telah membuat satu lapuran polis di Johor Bahru mengatakan bahawa:

"Pada 30/04/2014 jam lebih kurang 9.00 malam saya telah pergi makan di kedai makanan nama tidak pasti di Jalan Bukit Timbalan, J/Bahru. Setelah itu saya telah membuat pesanan makanan iaitu nasi goreng kampung dan minum air suam.

Kemudian setelah saya memakan nasi goreng kampung tersebut saya telah dapati nasi goreng tersebut panas dan rasa begitu pedas.

Sehingga ke hari ini saya masih rasa pedas nasi goreng kampung yang telah dimakan semalam. 

Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak.

Tujuan laporan ini dibuat adalah kerana tidak berpuas hati terhadap makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital. Sekian laporan saya"



01/05/2014

PANCAINDERA ANUGERAH TUHAN MELEBEHI DARIPADA SEGALA2NYA



JIKA DARIPADA AWAL DIAMBIL KIRA MAKLUMAT YANG DIBERI, ALANGKAH BAIKNYA. PERCAYA JANGAN TAK PERCAYA, ANUGERAH TUHAN !!! KLIK SINI

DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya.

Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Sumber:sinarharian

PAS KENA FAHAM, BUKANNYA HUKUM HUDUD TAPI ?????



BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Sultan Brunei mengumumkan undang-undang dikenali sebagai Kod Penal Syariah yang mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikuatkuasakan secara berperingkat mulai esok, lapor AFP.

“Hari ini saya bersyukur kepada ALLAH SWT untuk mengumumkan bahawa esok, Khamis, 1 Mei 2014, akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu, yang perlu diikuti oleh fasa-fasa lain,” titah Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapannya, hari ini.

Penguatkuasaan hukuman hudud itu termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Awal tahun ini, pengumuman Sultan Brunei itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam tetapi mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat bukan beragama Islam.

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 15 peratus adalah bukan Islam.

Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB, Sultan Brunei dengan tegas memberi amaran bahawa penekanan lebih kuat akan dilaksanakan jika undang-undang itu cuba dirosakkan oleh pengaruh asing.

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...