Translate

30/04/2014

TAHNIAH PDRM: Seorang Lagi Suspek Militan Wanita Ditahan



KAJANG: Seorang lagi wanita yang didakwa dikaitkan dengan kumpulan militan ditahan di Kuala Lumpur pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, wanita itu merupakan antara 10 suspek, termasuk seorang janda, ditahan kerana didakwa merancang untuk melancarkan serangan bom di Malaysia dan negara-negara sekular Islam yang lain.
"Dia ditahan di sekitar Kuala Lumpur pagi ini (Selasa). Kami sedang mengesan dan mengenal pasti anggota-anggota lain," katanya pada sidang media di sini.
Ahmad Zahid berkata, kesemua suspek, berusia antara 25 dan 56 tahun, ditahan di pelbagai lokasi di negara ini.

HUDUD: PAS JANGAN BUAT PEKAK BADAK ???


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang beragama Islam dan PAS disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukum itu.
Anggota Dewan Negara Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas termasuk kepada masyarakat bukan Islam sebelum rang undang-undang persendirian mengenainya dibentangkan PAS di Dewan Rakyat.
"Orang Islam sendiri pun ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog untuk terangkan kepada rakyat.

29/04/2014

NURUL MALU, OBAMA TAK NAK JUMPA DADDY NUAR


KESIAN DADDY I, OBAMA TAK NAK JUMPA !!!

Kesian pulak tengok Nurul Izzah dan Anwar ni tak dapat jumpa Obama . Kita semua dah dapat agak bila tak dapat jumpa macam-macam lah depa kata kat Obama dan Kerajaan Malaysia.

Nurul ne pun benggap jugak, kisah tahun 2009 pun nak diungkit balik. Haaa.

Kata Nurul Izzah, Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh Presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada tahun 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.

MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitment terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.

“Bagaimanapun, pertemuan selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan berbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah

Sumber:apj

28/04/2014

Imam Besar Masjid Negara Rayu Presiden Obama Hentikan Penindasan Terhadap Umat Islam Seluruh Dunia



KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam seluruh dunia.

Syaikh Ismail mengambil peluang menyuarakan hasratnya itu kepada Obama semasa mengiringi Presiden Amerika Syarikat itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di ibu negara, pagi Ahad.

Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan pemimpin Amerika itu ke kedua-dua monumen terkenal itu.

Syaikh Ismail berkata Obama memberitahunya bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.

Syaikh Ismail, 70, melahirkan keterujaannya kerana pertemuan bersejarahnya dengan Obama, iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.

27/04/2014

PAS KENA LAH DENGAR NASIHAT PEMIMPIN YANG DISEGANI



Ku Li bimbang wujud konflik agama

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan Pas di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.
   
Beliau berkata, sejak Pas menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan Pas juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam pakatan rakyat.
   
Katanya keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.
   
"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di sini, hari ini.
   

26/04/2014

ANWAR PAKAR PUTAR BELIT FAKTA KES !!


UNDANG-UNDANG SERTA BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA TELAH DIPERMAIN-MAINKAN SERTA DIPERKECIL-KECILKAN OLEH ANWAR ???

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan pada Khamis dengan mengemukakan 35 alasan rayuan kenapa sabitan dan hukuman terhadapnya perlu diketepikan.

Rayuan tersebut difailkan oleh peguam Zaleha Al-Hayat, iaitu seorang pembantu mendiang Karpal Singh kira-kira 2 petang, sejam sebelum tempoh pemfailan tamat.

Dalam alasan petisyen rayuan itu, peguam Anwar telah menyatakan panel hakim Mahkamah Rayuan telah tersalah arah apabila menyimpulkan dua orang pakar DNA dari Australia Dr David Lawrence Wells dan Dr Brian Mcdonald yang merupakan saksi pembelaan, bukanlah saksi-saksi berkompeten.

"Adalah jelas hakim-hakim Mahkamah Rayuan telahpun gagal memahami keterangan terutamanya SD4 (Dr Brian) yang jelasnya adalah kompeten.

25/04/2014

MH370 Terkini : Isteri Pramugara Tuduh Kerajaan Malaysia Menipu?



Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

24/04/2014

CAKAP TAK SERUPA BIKIN - HUDUD TELAH DILULUSKAN 21 TAHUN YANG LALU ???



KOTA BAHARU, 23 April (Bernama) -- Pas akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan.

Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang.

"Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya.

"Saya juga tidak faham mengapa DAP dan PKR mempertikaikan usaha kita untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini, hari ini.

KOYA, KOYA, APA KENA MENGENA DENGAN KARPAL SINGH LAGI ???

Kes liwat Anwar: Mahkamah tolak tangguh rayuan - HAMPIR 70 KALI PENANGGUHAN !!!!

SHAH ALAM – Permohonan bagi lanjutan tempoh memfailkan rayuan terhadap kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak mahkamah.

Menurut ketua undang-undang PKR, Latheefa Koya, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta Anwar memfailkan permohonan formal termasuk notis usul bagi meminta lanjutan masa untuk memfailkan alasan rayuan.

"Perkara ini berlaku meskipun mereka tahu esok merupakan hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu.

 “Ini dianggap sangat tidak bertimbang rasa dan tiada rasa simpati ke atas kematian Karpal Singh, katanya yang dipetik sebuah portal.

Karpal maut dalam kemalangan lebuh raya pada 17 April lalu di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampar, Perak.

Karpal merupakan peguam utama yang mewakili Anwar bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan terhadap tuduhan meliwat, enam tahun lalu.

Mahkamah Rayuan menghantar alasan rayuan kepada firma guaman Karpal 16 April lalu yang memberikan mereka tempoh 10 hari.

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...