Translate

23/04/2014

PAS DALAM DELIMA ???

Hudud perlu persetujuan DAP

KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.

"Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.

KEMELUT FAM SEMAKIN MERUNCING ???


SESIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN, LETAK LAH CEPAT..... JANGAN SAMPAI MENJADI PARAH ???

'Keputusan tak masuk akal'

Kami ada bukti rakaman berhubung tindakan pengadil: Pegawai JDT II

Pasir Gudang: Mutu pengadilan yang cukup rendah dipercayai menjadi punca pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT II), On Jabbar@Jaafar bertindak menyerang seorang pengadil perlawanan selepas aksi Liga Perdana antara pasukannya dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), kelmarin. 

Ternyata pengadil perlawanan, Sukri Abd Rahman yang dibantu penolong pengadil 1, Mohd Jais Bujang dan penolong pengadil 2, Muhammad Faiz Che Mud gagal mengawal perlawanan dengan baik. 

kerana beberapa keputusan yang dibuat bukan sahaja mengundang kemarahan pengurus pasukan JDT II, malah penyokong tuan rumah turut tidak berpuas hati terhadap pengadil itu ketika mengendalikan perlawanan yang berkesudahan seri 2-2. 

22/04/2014

KESULTANAN SULU MASIH BERDENDAM & TIDAK PUAS HATI ???



LAHAD DATU: Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh 'Sultan Sulu' untuk mengurus orang Suluk di daerah ini diberkas di Kampung Long Danau, Jalan Silabukan, kira kira 16 Kilometer (km) dari bandar ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan pada kira-kira 5.30 pagi Selasa dalam operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan ESSCom.

Ketua Pengarah ESSCom, Datuk Mohammad Mentek berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat patriotik orang Suluk yang sudah lama menetap atau menjadi warganegara di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki yang hanya memiliki salinan kad pengenalan itu atas faktor keselamatan.

Pihak ESSCom mengesan bendera itu dipasang di rumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan ESSCom diketuai pegawai memerintah 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat rondaan kira-kira pukul 9 malam di situ Ahad lepas, katanya dalam kenyataan, di sini.

21/04/2014

SEEKOR KERBAU BAWA LUMPUR, SEMUANYA TERPALIT !!!!!


INI LAH DIA PUNCA MENYEBABKAN KEPERCAYAAN NEGARA LUAR KEPADA MALAYSIA MULA MERAGUKAN, TERUTAMA PIHAK BERKUASA AMERIKA SYARIKAT.

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang memantau kes seorang pegawainya yang ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana didakwa cuba membawa keluar senjata api jenis pistol PT-22 Taurus pada 16 April lepas.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud yang dihubungi berkata pihaknya menunggu perkembangan lanjut kes itu daripada Pejabat Penasihat Pertahanan di Kedutaan Malaysia, Washington DC.

"Pihak kami belum menerima apa-apa lagi maklumat terkini. Kita masih menunggu laporan dari sana.. sekiranya ada maklumat lengkap, kita akan keluarkan kenyataan kepada media," katanya."Setakat ini kita tak tahu bila (perbicaraan)... mungkin ambil masa," katanya.

Menurut kenyataan TUDM semalam, pegawai itu ditahan ketika dijadual berlepas dari Lapangan Terbang San Angelo ke tanah air setelah menamatkan kursus di GoodFellow Air Force Base yang dihadiri sejak 5 Januari lalu.Pegawai itu kini di bawah tahanan polis Texas.

Sumber:mstaronline

HISHAMUDDIN DAH PENING KEPALA ????

MH192: Hishammuddin minta polis siasat unsur sabotaj MAS

KUALA LUMPUR 21 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap Malaysia Airlines (MAS) berikutan pelbagai kejadian yang menimpa syarikat penerbangan itu kebelakangan ini. - BERNAMA.

ADAKAH AL-BUKHARY MEMALUKAN MALAYSIA ???

Mukhriz Harap Universiti Antarabangsa Albukhary Tidak Tutup

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini dapat memikirkan semula hasrat untuk menghentikan operasinya.

Mukhriz berkata beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.
"Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup.
"Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Zon Utara (KEKKu) 2014 di sini, Ahad.

20/04/2014

SHAHIDAN KASSIM BUAT HAL LAGI ??? SIAPA MENTERI DALAM NEGERI SKG ???


ZAHID HAMIDI KAN ADA !!!. Jangan lah nak buat 'CARCA MARBA' ??

KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan supaya diwujudkan tiga jawatan timbalan ketua pengarah untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya tiga jawatan itu untuk diisi oleh wakil agensi utama dalam Esscom iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"(Jawatan ketua pengarah) Esscom itu sendiri mungkin dinaikkan tarafnya. Sekarang ialah (peringkat) Jusa B, mungkin boleh ditingkatkan," katanya yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kot Kinabalu hari ini.

Terdahulu beliau melawat Beaufort dan mengagihkan bantuan wang ihsan banjir bagi penduduk yang terjejas bencana itu pada Februari lepas.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata setiap agensi terbabit mempunyai peranan masing-masing namun dalam konteks Esscom, tugas utama mereka ialah mengekang pencerobohan.

"Yang penting dalam Esscom tugas ketiga-tiga agensi ini diselaraskan," katanya.

Mengenai wang ihsan banjir, Shahidan berkata hanya mangsa banjir di Tenom belum menerima sumbangan itu.

Beliau turut meminta mangsa banjir yang tercicir daripada senarai wang ihsan agar merujuk pejabat daerah di kawasan masing-masing untuk dipertimbangkan.  BERNAMA

Pegawai TUDM ditahan di Texas menyeludup keluar senjatapi



SHAH ALAM – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata api  ke Kuala Lumpur.

Memetik sebuah portal berita antarabangsa, bigcountryhomepage.com, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, kelmarin.

Menurut portal sama, penahanan dibuat selepas imbasan ke atas beg dan kotak milik pegawai itu mendapati ada objek meragukan.

“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.

“Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu.

19/04/2014

PENYAKIT PEKONG NURUL IZZAH MEMBUSUK ???

Nurul Izzah Nafi Mohamad Salleh Tidak Amanah, Tamak & Guna Wang Rakyat.  PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN MULA TIMBUL  menampakkan sikap sebenar NURUL !!!

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menafikan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail seorang yang tidak amanah, tamak dan menggunakan wang rakyat untuk meraih kekayaan peribadi dan menjalani kehidupan mewah. 

Nurul Izzah menerusi pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 24 Jan lepas berkata beliau tidak pernah mengatakan bahawa syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) bersekongkol dengan Mohamad Salleh untuk menipu atau menyalahgunakan wang rakyat.

Katanya kenyataan berhubung pembelian lapan unit kondominium itu dibuat berdasarkan bukti kukuh yang diperoleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan isu penyelewengan dana awam bagi projek NFC telah disalahgunakan bagi kepentingan peribadi Mohamad Salleh dan keluarganya. 

18/04/2014

Tipu muslihat - Tabung Agenda Merakyatkan'...sbb ???


Komen Pembaca:

Jadi bermakna gaji/elaun baru MB (RM29, 250.00) apabila dipotong 51.54% ialah RM14, 175.15...balik serupa dgn gaji lama. Walau bagaimanapun, gaji Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker dipotong pada peratusan lain, tapi masih meningkat dibandingkan dgn gaji lama.

Wang yg dipotong itu pula didepositkan dalam Tabung Agenda 'Merakyatkan' Ekonomi Selangor.

Kenapa tak umum saja jumlah gaji baru sebenar? (MB tak naik gaji - serupa; ahli MMKN lebih dari gaji MB, RM15,000.00 sebulan, Speaker pun lebih - RM15,000.00, Timbalan Speaker RM12,000.00, ADUN RM11,250.00.)

Dan kenapa tak allocate saja terus satu jumlah untuk Tabung tersebut tanpa perlu 'mempromo' kan pemotongan gaji mereka? Kan banyak kerja (paper work) nak buat?.... Kenapa mesti putar belit, pusing, spin untuk menunjukkan kpd rakyat yg mereka naik gaji tapi masih sgt baik hati dgn rela mendermakan/berkongsi jumlah kenaikan gaji mereka itu dgn rakyat? 

Patutlah namanya 'Tabung Agenda Merakyatkan'...sbb mmg satu drama yg ada agenda politik tertentu, untuk mendapatkan 'aura' & juga melaksanakan 'auta' menyedapkan hati rakyat Selangor.

Tipu muslihat.  Mesti Nuar Brahim punya idea. Inilah salah satu 'idea ekonomi bernas' 10 minit nuar brahim, yg buat Khalid terpegun & terpesona, bagaikan 10 tahun kesannya tu.

ANWAR BERCAKAP UMPAMA TELOR DIHUJUNG TANDUK ???



POLITIK ANWAR HAMPIR KE PENGHUJUNG....???
PUTRAJAYA - Tindakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan dalam insiden kehilangan pesawat MH370 disifatkan tidak berasas dan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Adanya kenyataan ini, akan ada banyak tanda tanya sedangkan beliau cuma mengutarakan kenyataan tersebut tanpa fakta dan sebarang bukti yang mengatakan bahawa kita sedang menyembunyikan fakta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Perkembangan terbaru, Anwar dilaporkan The Telegraph berkata kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal mengenai insiden kehilangan MH370 itu.

Dalam pada itu, beliau melihat tindakan Anwar itu mencerminkan hasrat sebenar Ketua Umum PKR itu yang mahu mempolitikkan insiden itu demi kepentingan peribadi dan politiknya. KLIK SINI

PUTRAJAYA - Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan. KLIK SINI

PENYAMUN SIMPAN BARANG CURI DALAM PERUT




KELICIKAN seorang penyamun menyimpan barangan yang dicuri di dalam perut iaitu dengan menelannya sejak hampir 20 tahun lalu akhirnya terbongkar.
Suspek, Dariusz Piotrowsk, 39, sering menelan barangan yang dicuri sementara menunggu pembeli bagi mengelak dia ditahan dan dipenjara.
Tanpa barangan curi yang boleh dijadikan bukti, pihak berkuasa tidak dapat menjatuh hukuman ke atas suspek.
Bagaimanapun tindakan Piotrowsk akhirnya terbongkar apabila dia mengadu mengalami kesakitan dalam perut selepas ditahan polis kerana menyamun dan menjual barangan curi.
Hasil imbasan x, pasukan perubatan terkejut melihat objek yang begitu banyak di dalam perut suspek.
Antara barangan tersebut ialah enam jam tangan, garpu, sudu, pemetik api, rokok dan objek lain yang digunakan untuk menyamun.
Penemuan barangan curi itu juga mengakhiri siasatan polis terhadap suspek sejak sekian lama kerana berhubung tindakannya yang sering menyamun terutamanya wanita.
Sumber:mstaronline

17/04/2014

ALAHAI JANDA KEMARUK ........


Gambar hiasan
Langkawi: Seorang janda beranak dua tidak serik apabila dicekup berkhalwat kali kedua dengan pasangan berlainan dan ditemui hanya berkain batik ketika ditahan di rumahnya di Kampung Makam Mahsuri di sini oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL), awal pagi semalam.
Wanita berusia 20-an yang mempunyai dua anak berusia lingkungan tiga dan empat tahun itu baru dicekup kerana melakukan kegiatan sama pertengahan bulan lalu dengan lelaki lain tetapi kali ini dia ditahan dengan lelaki yang baru dikenalinya. 
Ketua Operasi PADAL Saiful Aswad Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan mencurigakan wanita itu sekitar jam 3 pagi semalam dan bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...