Translate

14/04/2014

MALAYSIA DIPERBODOH-BODOHKAN AS DAN AUSTRALIA ???


MH370: CIA tahu hal sebenar

WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

Sumber:sinarharian

BR1M PUNCA RAKYAT MALAYSIA JADI MALAS ???



MELAKA, 12 April (Bernama) -- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah suatu penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini terutama kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi.

"Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka.

"Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai tabung dan bantuan keusahawanan kepada rakyat terutama kaum Bumiputera di negara untuk menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata kerajaan juga memberi peruntukan tambahan kepada beberapa tabung keusahawanan tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak RM10 juta, Tabung Tunas Usahawan Belia (RM10 juta), Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (RM100 juta), Amanah Ikhtiar Malaysia (RM300 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (RM700 juta), Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta) dan Dana Pasar Malam sebanyak RM100 juta.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan cawangan House of Mini di Dataran Pahlawan di sini, hari ini milik Ketua Pegawai Eksekutif Dragon Heart Sdn Bhd Anuar Hassan.

Anuar menyasarkan syarikatnya untuk membuka 20 cawangan kedai kek cawan dan donut mini di Semenanjung Malaysia menjelang penghujung tahun ini.-- BERNAMA

KOTAK HITAM MH370: SIAPA JUMPA DIA PUNYA ?????

Gani Patail Di UK Bincang Hak Ke Atas Kotak Hitam MH370

KUALA LUMPUR:  Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sekiranya ia dijumpai.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hussein pada Ahad berkata, Peguam Negara pada masa ini di United Kingdom bagi berbincang dengan ICAO dan pakar-pakar lain berhubung perkara itu.
"Kami bekerjasama rapat dalam isu ini. Peguam Negara di UK membincangkan mengenainya. ICAO dan pakar-pakar yang terlibat berkaitan undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri mengenai siapa yang benar-benar harus mempunyai jagaan ke atas kotak hitam ini, sebaik sahaja ia dapat dijumpai," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

PEMIMPIN PAS TAKUT ATAS DESAKAN RUPERT COLVILLE ????



GENEVA 12 April - Pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan bermula bulan ini, mendapat kritikan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap suruhanjaya itu, Rupert Colville berkata, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

Jelasnya, antara kesalahan lain yang boleh dijatuhi hukuman mati ialah menghina Nabi Muhammad S.A.W, al-Quran dan hadis.

“Pelaksanaan hukuman mati oleh Brunei menyalahi undang-undang antarabangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957. 

13/04/2014

TOM BOY SEMAKIN MENGGANAS ???


Gambar hiasan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri dari Taman Temerloh Makmur, dekat sini merayu anak gadisnya pulang selepas tiga minggu keluar rumah dipercayai mengikut seorang tomboi.

Abd Razak Wahab 50, berkata, anak gadisnya seolah-olah dipukau dan mengikut sahaja kemahuan tomboi itu termasuklah menyerahkan rantai emas dan barangan peribadinya sepanjang setahun mengenali tomboi itu.

Menurutnya, sebelum ini anak gadisnya, Nor Haleeda 22, adalah seorang anak yang mendengar kata tetapi semua itu berubah sejak dia mengenali tomboi terbabit.

“Saya bimbang anak gadis saya diperdagangkan pihak tertentu dan merayu sesiapa sahaja yang menjumpainya supaya dapat menghantarnya pulang kerana kami sekeluarga sangat merinduinya.

“Saya juga merayu dengan pihak berkuasa menyiasat dan mencari ke mana hilangnya anak gadis saya ini,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, semalam.

KALAU NAK BACA SAMBUNGANNYA KLIK DISINI

KELAB/RAKAN CEGAH JENAYAH - YANG ADA SEKARANG LEBIH SUDU DARIPADA KUAH ???


RAKAN COP SUDAH MENCUKUPI DAN PERLU DIPERKEMBANGKAN SERTA DIPERKEMASKAN LAGI.

TERENGGANU - “Saya cadangkan lebih banyak kelab pencegahan jenayah ditubuhkan bagi membantu mengurangkan kadar jenayah di daerah ini,” kata pekerja swasta, Azhar Maliki.

Menurutnya, kewujudan banyak kelab pencegahan jenayah sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa memperoleh maklumat dan mendidik masyarakat lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Saya dapati kelab seumpama itu tidak menyerlah di daerah ini sedangkan di bandar besar kelab seperti ini begitu aktif sekali,” katanya.

Sumber:sinarharian

KENAPA PERKARA SEUMPAMA INI MASIH TERUS BERLAKU ???


KLANG, 12 April (Bernama) -- Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pergerakan Pemuda Umno hari ini membuat empat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan itu dibuat oleh Gerakan Belia 4B Kota Raja; Umno Cawangan Taman Desa Utama, Klang Jaya; Pemuda Umno Kota Raja; dan Persatuan Persatuan Penduduk Pangsapuri Klang Jaya.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Kota Raja Muhd Ali Zakariah berkata pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun facebook itu kerana menghina ketua negara.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami mengutuk tindakan pemilik akaun itu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Dia ibarat menghina sistem raja Melayu di negara ini.

"Kami gesa pihak berkuasa dapat siasat pemilik akaun Facebook itu dan dihukum dengan hukuman lebih berat sebagai amaran dan pengajaran pada orang lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata, akaun laman sosial itu didapati masih aktif dengan memuat naik pelbagai status mencerca keharmonian kaum di negara ini selain turut menghina Polis Diraja Malaysia, parti-parti politik dan sebagainya. -- BERNAMA

12/04/2014

KETELUSAN, KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PUNCA KEJAYAAN ???

Gambar hiasan

Kastam KLIA buat rampasan dadah terbesar

SEPANG 11 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat rampasan dadah terbesar dalam sejarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila merampas dua bungkusan yang setelah diuji, positif dadah jenis methamphetamine seberat 66.75 kilogram.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dadah bernilai lebih RM12.682 juta itu dikesan ketika tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria pada Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE

CINA BATAL PENGHANTARAN 2 EKOR PANDA KA MALAYSIA ???



PUTRAJAYA 11 April - Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sebanyak 153 daripada 227 penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-35 hari ini.

Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.

"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - BERNAMA

11/04/2014

PELAJAR IPTA DICABUL DI DANGA BAY, SALAH SIAPA ???


Gambar hiasan
Penuntut IPTA dakwa dicabul

JOHOR BAHRU 10 April - Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini membuat laporan polis mendakwa telah dicabul rakan sepengajiannya berhampiran Danga Bay di sini, awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku di dalam kereta yang dipandu oleh suspek yang berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 23 tahun keluar makan bersama suspek di sebuah restoran makanan segera di Skudai, di sini.

"Suspek bertindak memberhentikan kenderaan yang dipandu di Danga Bay sebelum mencium dan meraba buah dada mangsa serta memaksa wanita terbabit memegang kemaluannya.

"Dalam kejadian itu, mangsa cuba melepaskan diri dengan meronta selain merayu suspek untuk menghantarnya pulang ke kampus kira-kira pukul 5.30 pagi," katanya selepas merasmikan program Ronda Ibadah, di Taman Daya, di sini hari ini.

Sulaiman berkata, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentral pada hari yang sama. - UTUSAN ONLINE

REMAJA KETAGIH SEX DI PERKARANGAN MASJID ??



BESUT - Sepasang kekasih tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral di kawasan sebuah masjid, di sini, bagi melampiaskan nafsu setelah lama tidak bertemu.

Bagaimanapun tindakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Kelang itu bersama pasangannya, masing-masing berumur 23 tahun, menjadikan tempat letak kereta di bahagian bawah masjid itu sebagai lokasi memadu kasih berjaya dihidu anggota polis yang membuat rondaan di situ.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, Ahad lalu, selepas beberapa anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Jertih yang membuat rondaan di kawasan tempat letak masjid ternampak sebuah kereta Viva sedang parkir di situ.

Difahamkan, enjin dan pendingin hawa kenderaan itu dihidupkan manakala cermin kereta tertutup.

Anggota polis bertugas kemudian bertindak menghampiri kereta tersebut dan mendapati pasangan berkenaan sedang berbaring dalam keadaan perempuan mengiring ke arah lelaki dengan kedua-dua kerusi hadapan kereta direbahkan sepenuhnya.

Pasangan terbabit telah ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

KLIK DISINI UNTUK PAPARAN SELANJUTNYA

10/04/2014

GENGSTER REMAJA MENINGKAT


Kuala Lumpur: Kumpulan kongsi gelap merekrut remaja termasuk yang masih bawah umur untuk dijadikan pengedar dadah dan melakukan jenayah lain.


Malah sebagai tarikan, kumpulan kongsi gelap berkenaan menjadikan sistem hierarki yang digunakan dalam kegiatan mereka seperti gelaran `abang kawasan’ diserahkan kepada golongan ini. 


sekali gus membolehkan empayar kongsi gelap dikembangkan dan... 

PAS PUSAT ATAU PAS KELANTAN JANGAN MENUDING JARI KEPADA SESIAPA....???


PERLAKSANAKAN HUKUM HUDUD PERLU DISEGERAKAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DIRANCANG. JANGAN CAKAP AJE, SUDAH BERTAHUN.. ATAU NAK TUNGGU SEHINGGA AYAM BERTANDUK ??? 

POK NIK DAN HADI TAK MAMPU MELAKSANAKANNYA.....

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi jaminan Kelantan akan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukum hudud itu selewat-lewatnya pada 2015.

Mohd Amar berkata, Kelantan kini sedang menyiapkan draf undang-undang persendirian yang akan dibawa ke Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk melaksanakan undang-undang tersebut seperti diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Kelantan akan melaksanakan hukum hudud mengikut pendekatan secara terbuka, yang mana orang bukan Islam juga boleh mengikut pelaksanaan undang-undang tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, malah dari segi perlaksanaan juga Kelantan tidak meniru mana-mana negara luar yang turut mengamalkan undang-undang tersebut tetapi berlandaskan lunas Islam yang sebenar.

09/04/2014

Sindiket Jual Walkie-Talkie Haram Kepada Rukun Tetangga Tumpas


SKMM PERLU BERTINDAK BUKAN SAJA DI PERAK BAHKAN DISELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Perak, Selasa, menumpaskan satu sindiket penjualan walkie-talkie haram yang mensasarkan kumpulan Rukun Tetangga (RT) sekitar Ipoh.

Jurucakap SKMM cawangan Perak berkata dalam serbuan bersama-sama anggota polis dan Jabatan Kastam di sebuah pejabat penjualan kereta terpakai di Bercham pukul 4.15 petang itu, mereka menahan dua suspek, ibu dan anak lelakinya, masing-masing berusia 40-an dan belasan tahun.

"Kita merampas 12 set lengkap walkie-talkie haram yang dipercayai dijual RM300 setiap satu set dan barang-barang lain," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau berkata sindiket ini dipercayai menjalankan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara alat komunikasi berkenaan kerana pihaknya menemukan banyak bahagian walkie-talkie lain.

Katanya, sindiket itu dipercayai menjual walkie-talkie yang tidak mendapat kelulusan dan pengesahan SIRIM kepada hampir 1,500 pembeli di sekitar Ipoh.

Jurucakap itu berkata kedua-dua suspek itu dibawa ke Balai Polis Bercham untuk diambil keterangan sebelum pihaknya mengambil tindakan lanjut.

"SKMM Perak sebenarnya menerima banyak aduan daripada RT mengenai penjualan walkie-talkie haram itu pada Mac lepas. Kita kemudian buat pemantauan dan penyiasatan serta semakan dengan SIRIM sehingga membawa ke lokasi ini," katanya.

Beliau berkata penjualan walkie-talkie haram adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu melibatkan peralatan atau peranti bukan standard.

Suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya. BERNAMA

08/04/2014

PENSYARAH MIANG KIAN MENINGKAT ???

Gambar hiasan
Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri


ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

KERAJAAN PERLU KAWAL KELAJUAN SUPERBIKE

Penunggang Superbike Maut Rempuh Belakang Kereta

IPOH: Seorang penunggang superbike maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah kereta di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, berhampiran Simpang Pulai pada Ahad.


Dalam insiden pada 3.16 petang itu, mangsa, Ting Chang Shyang, 27, dari Kuala Lumpur, mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit, Nurelliana Rahwam, seorang warga Singapura, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata motosikal jenis Suzuki GSX R750 yang ditunggang Ting secara tiba-tiba merempuh bahagian belakang kereta Toyota Corolla Nurelliana.

"Rempuhan itu menyebabkan motosikal berkuasa tinggi itu hilang kawalan dan terbabas serta mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian. 

"Kita masih lagi meneruskan siasatan kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Wan Sharuddin berkata sebelum kemalangan maut itu, terdapat satu lagi nahas yang membabitkan sebuah motosikal lain yang terbabas sendirian.

Beliau berkata insiden itu menyebabkan lalu lintas di lebuh raya berkenaan bergerak perlahan sehinggalah belakang kereta Nurelliana dirempuh mangsa.

Katanya, ketika kejadian, keadaan laluan dua lorong menghala utara adalah lurus dan permukaan yang kering.

Mayat Ting dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

TIKUS GERGASI MENYERANG MANUSIA DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN MID VALLEY !!!



PETALING JAYA: Melakukan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu malam bertukar tragis selepas kaki Chrisanne Chin digigit tikus semasa dia sedang menonton filem di Pawagam Golden Screen Cinemas ( GSC) Mid Valley pada Rabu.

Moderator Belia dan ahli eksekutif Majlis Gereja Malaysia (CCM) itu merasakan sesuatu yang tajam di kakinya dan terus menjerit kesakitan ketika menonton filem di pawagam.

Apabila lampu dibuka dia terkejut melihat darah meleleh di kakinya.

"Sebaik sahaja ia berlaku, kami terus menemui kakitangan dan mereka membawa kit bantuan kecemasan untuk membersihkan luka. Saya juga membuat aduan rasmi dengan GSC. Pihak pengurusan juga membayar balik tiket wayang kami.

"Gigitan tikus adalah berbahaya kerana air liur atau lendirnya boleh membawa maut, seperti mana air kencingnya.

"Mereka memberitahu saya supaya menghantar bil perubatan saya kepada mereka," kata Chin yang juga membuat ulasan filem untuk laman web pangkalan data Filem dan TV, Rotten Tomatoes.

Chin berkata ini adalah isu yang serius dan GSC harus memberi perhatian dalam perkara ini.

"Kesihatan dan keselamatan awam adalah paling utama bagi mana-mana cawangan. Kejadian ini sangat mengecewakan bagi saya sebagai pelanggan tetap GSC yang meminati filem dan menulis ulasan filem adalah salah satu daripada hobi kegemaran saya.

"Saya rasa Malaysia adalah pasaran filem yang besar dan semakin meningkat dan saya percaya GSC tidak perlu hanya melihat untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi juga memikul tanggungjawab korporat ke arah memastikan keselamatan dan kesihatan awam.

"Kami hanya mahu pawagam yang bersih dan saya berharap GSC mengambil tindakan serius sebelum lebih ramai orang tercedera," katanya.

Chin menyiarkan gambar kaki berbalut dan ia telah tersebar di Facebook. Sehingga Sabtu, 661 orang berkongsi gambar ini di Facebook.

GSC sejak secara terbuka memohon maaf di laman Facebook mereka dan mereka sudah menghubungi pakar dan pihak berkaitan mengenai perkara ini.

Sumber: mstaronline.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...