Translate

10/04/2014

GENGSTER REMAJA MENINGKAT


Kuala Lumpur: Kumpulan kongsi gelap merekrut remaja termasuk yang masih bawah umur untuk dijadikan pengedar dadah dan melakukan jenayah lain.


Malah sebagai tarikan, kumpulan kongsi gelap berkenaan menjadikan sistem hierarki yang digunakan dalam kegiatan mereka seperti gelaran `abang kawasan’ diserahkan kepada golongan ini. 


sekali gus membolehkan empayar kongsi gelap dikembangkan dan... 

PAS PUSAT ATAU PAS KELANTAN JANGAN MENUDING JARI KEPADA SESIAPA....???


PERLAKSANAKAN HUKUM HUDUD PERLU DISEGERAKAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DIRANCANG. JANGAN CAKAP AJE, SUDAH BERTAHUN.. ATAU NAK TUNGGU SEHINGGA AYAM BERTANDUK ??? 

POK NIK DAN HADI TAK MAMPU MELAKSANAKANNYA.....

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi jaminan Kelantan akan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukum hudud itu selewat-lewatnya pada 2015.

Mohd Amar berkata, Kelantan kini sedang menyiapkan draf undang-undang persendirian yang akan dibawa ke Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk melaksanakan undang-undang tersebut seperti diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Kelantan akan melaksanakan hukum hudud mengikut pendekatan secara terbuka, yang mana orang bukan Islam juga boleh mengikut pelaksanaan undang-undang tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, malah dari segi perlaksanaan juga Kelantan tidak meniru mana-mana negara luar yang turut mengamalkan undang-undang tersebut tetapi berlandaskan lunas Islam yang sebenar.

09/04/2014

Sindiket Jual Walkie-Talkie Haram Kepada Rukun Tetangga Tumpas


SKMM PERLU BERTINDAK BUKAN SAJA DI PERAK BAHKAN DISELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Perak, Selasa, menumpaskan satu sindiket penjualan walkie-talkie haram yang mensasarkan kumpulan Rukun Tetangga (RT) sekitar Ipoh.

Jurucakap SKMM cawangan Perak berkata dalam serbuan bersama-sama anggota polis dan Jabatan Kastam di sebuah pejabat penjualan kereta terpakai di Bercham pukul 4.15 petang itu, mereka menahan dua suspek, ibu dan anak lelakinya, masing-masing berusia 40-an dan belasan tahun.

"Kita merampas 12 set lengkap walkie-talkie haram yang dipercayai dijual RM300 setiap satu set dan barang-barang lain," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau berkata sindiket ini dipercayai menjalankan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara alat komunikasi berkenaan kerana pihaknya menemukan banyak bahagian walkie-talkie lain.

Katanya, sindiket itu dipercayai menjual walkie-talkie yang tidak mendapat kelulusan dan pengesahan SIRIM kepada hampir 1,500 pembeli di sekitar Ipoh.

Jurucakap itu berkata kedua-dua suspek itu dibawa ke Balai Polis Bercham untuk diambil keterangan sebelum pihaknya mengambil tindakan lanjut.

"SKMM Perak sebenarnya menerima banyak aduan daripada RT mengenai penjualan walkie-talkie haram itu pada Mac lepas. Kita kemudian buat pemantauan dan penyiasatan serta semakan dengan SIRIM sehingga membawa ke lokasi ini," katanya.

Beliau berkata penjualan walkie-talkie haram adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu melibatkan peralatan atau peranti bukan standard.

Suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya. BERNAMA

08/04/2014

PENSYARAH MIANG KIAN MENINGKAT ???

Gambar hiasan
Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri


ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

KERAJAAN PERLU KAWAL KELAJUAN SUPERBIKE

Penunggang Superbike Maut Rempuh Belakang Kereta

IPOH: Seorang penunggang superbike maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah kereta di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, berhampiran Simpang Pulai pada Ahad.


Dalam insiden pada 3.16 petang itu, mangsa, Ting Chang Shyang, 27, dari Kuala Lumpur, mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit, Nurelliana Rahwam, seorang warga Singapura, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata motosikal jenis Suzuki GSX R750 yang ditunggang Ting secara tiba-tiba merempuh bahagian belakang kereta Toyota Corolla Nurelliana.

"Rempuhan itu menyebabkan motosikal berkuasa tinggi itu hilang kawalan dan terbabas serta mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian. 

"Kita masih lagi meneruskan siasatan kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Wan Sharuddin berkata sebelum kemalangan maut itu, terdapat satu lagi nahas yang membabitkan sebuah motosikal lain yang terbabas sendirian.

Beliau berkata insiden itu menyebabkan lalu lintas di lebuh raya berkenaan bergerak perlahan sehinggalah belakang kereta Nurelliana dirempuh mangsa.

Katanya, ketika kejadian, keadaan laluan dua lorong menghala utara adalah lurus dan permukaan yang kering.

Mayat Ting dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

TIKUS GERGASI MENYERANG MANUSIA DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN MID VALLEY !!!



PETALING JAYA: Melakukan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu malam bertukar tragis selepas kaki Chrisanne Chin digigit tikus semasa dia sedang menonton filem di Pawagam Golden Screen Cinemas ( GSC) Mid Valley pada Rabu.

Moderator Belia dan ahli eksekutif Majlis Gereja Malaysia (CCM) itu merasakan sesuatu yang tajam di kakinya dan terus menjerit kesakitan ketika menonton filem di pawagam.

Apabila lampu dibuka dia terkejut melihat darah meleleh di kakinya.

"Sebaik sahaja ia berlaku, kami terus menemui kakitangan dan mereka membawa kit bantuan kecemasan untuk membersihkan luka. Saya juga membuat aduan rasmi dengan GSC. Pihak pengurusan juga membayar balik tiket wayang kami.

"Gigitan tikus adalah berbahaya kerana air liur atau lendirnya boleh membawa maut, seperti mana air kencingnya.

"Mereka memberitahu saya supaya menghantar bil perubatan saya kepada mereka," kata Chin yang juga membuat ulasan filem untuk laman web pangkalan data Filem dan TV, Rotten Tomatoes.

Chin berkata ini adalah isu yang serius dan GSC harus memberi perhatian dalam perkara ini.

"Kesihatan dan keselamatan awam adalah paling utama bagi mana-mana cawangan. Kejadian ini sangat mengecewakan bagi saya sebagai pelanggan tetap GSC yang meminati filem dan menulis ulasan filem adalah salah satu daripada hobi kegemaran saya.

"Saya rasa Malaysia adalah pasaran filem yang besar dan semakin meningkat dan saya percaya GSC tidak perlu hanya melihat untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi juga memikul tanggungjawab korporat ke arah memastikan keselamatan dan kesihatan awam.

"Kami hanya mahu pawagam yang bersih dan saya berharap GSC mengambil tindakan serius sebelum lebih ramai orang tercedera," katanya.

Chin menyiarkan gambar kaki berbalut dan ia telah tersebar di Facebook. Sehingga Sabtu, 661 orang berkongsi gambar ini di Facebook.

GSC sejak secara terbuka memohon maaf di laman Facebook mereka dan mereka sudah menghubungi pakar dan pihak berkaitan mengenai perkara ini.

Sumber: mstaronline.

07/04/2014

SOKONG MAT SAID 100 PERATUS !!!!

Menteri Besar berhak mencampuri bola sepak.


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan bahawa beliau berhak mencampuri urusan bola sepak kerana kerajaan negeri mengeluarkan dana besar untuk menanggung perbelanjaan pasukan Terengganu dan T-Team dalam pertandingan Liga Super.
"Semua Menteri Besar berhak ke atas pasukan negeri masing-masing kerana dana terbesar untuk perbelanjaan setiap pasukan adalah daripada kerajaan negeri dan bukan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak yang menyatakan Menteri Besar itu tidak kena mengena dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam isu 'insiden terowong'.
Ahmad membidas jawatankuasa itu berhubung keputusan mengenakan denda RM30,000 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) atas 'insiden terowong' di Stadium Larkin Johor, pada 1 Febuari lepas.
Menurut Ahmad, jawatankuasa itu membuat keputusan terpilih atau 'pilih bulu' kerana hanya menjatuhkan hukuman denda terhadap JDT kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium sehingga mencetuskan insiden itu. - Bernama

Dua maut, 23 lagi cedera akibat empat letupan bom di Yala


YALA 6 April - Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang tadi menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.

Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.

Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan.

Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.


Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan. - BERNAMA

AIR ASIA BUAT AIRPORT SENDIRI ????

MAHB penuhi hampir kesemua kehendak AirAsia untuk operasi klia2.  AirAsia sudah keterlaluan ???

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beropearsi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, klia2. 

Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke klia2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di klia2. 

Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. 

Berikutan operasi penerbangan di klia2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu. 

Azmi berkata, pemindahan ke klia2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan. 

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang. 


06/04/2014

BONGKAR !!! APA DAH JADI DENGAN SINDIKET IJAZAH PALSU VS PHD FASTLANE



Polis Selangor berjaya membongkar sindiket ijazah palsu dengan tertangkapnya dua saspek lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menjadi ajen untuk memperolehi ijazah tersebut. Sindiket tersebut yang beroperasi di sebuah pejabat di UEP Subang Jaya menjadikan premis tersebut sebagai tempat pengurusan dokumen dan sijil pemohon.

Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu sindiket tersebut menawarkan harga antara RM6,500.00 hingga RM8,500.00 bagi Sarjana dan RM10,500.00 bagi PhD. 

Pemohon ditawarkan ijazah dalam apa jua bidang yang dipohon dan dalam tempoh tiga hingga lima bulan pemohon akan dipanggil untuk menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen di hotel-hotel terkemuka. Sehingga tertangkapnya saspek ini, rekod mendapati seramai 525 orang pemohon telah menerima ijazah tersebut.
 
Siasatan masih lagi diteruskan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam sindiket tersebut. Pelbagai jenis sijil, borang permohonan serta gambar-gambar penerima ijazah telah berjaya dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. KLIK SINI

Hukuman sekeras2nya perlu diambil sebagai pengajaran


KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam. - UTUSAN ONLINE

05/04/2014

KENAPA BOLEH BERLAKU LAGI KES PENCOLEKAN DI SEMPORNA ???


Kes pencerobohan di Lahad Datu masih lagi belum sejuk. Sedangkan kawalan keselamatan daripada beberapa agensi terlibat telahpun ditempatkan disana. Kenapa masih boleh berlaku ????

Yang menjadi persoalannya, apabila berlakunya kejadian seumpama ini, barulah nak gerakkan ASET keselamatan yang ada. Apa ceritanya ni ???

LAHAD DATU - Kumpulan penculik yang melarikan dua wanita termasuk seorang pelancong warga China dari sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas, dipercayai turut terbabit dalam insiden penculikan di Pulau Pom-Pom dan Pulau Sipadan.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata seorang daripada penculik itu dipercayai terbabit dalam kes di Pulau Pom-Pom pada tahun lepas manakala bakinya terlibat dengan kes penculikan di Pulau Sipadan pada tahun 2000.
"Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohammad pihaknya juga yakin kedua-dua wanita terbabit sudah dibawa ke selatan Filipina dan Esscom sudah mengenal pasti lokasi yang mungkin dijadikan tempat mereka disembunyikan. 

AWASI PENCURI KABEL YANG SEMAKIN MENJADI-JADI


SUSPEK : MOHD. AZLAN BIN ABDULLAH, KP: 790509-11-5097, Alamat terakhir No. 78, Kampung Banggol, Binjai Tepoh, Kuala Terengganu.


Suspek dikehendakki bersabit CHUKAI RPT. 4481/2014 @ 24/03/2014, Sek. 379 KK terlibat kes kecurian kabel di Perwaja Kemaman, Kemaman, Terengganu dengan jumlah kerugian yang besar.

04/04/2014

MH370 TERHEMPAS ATAU DIRAMPAS ???



SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

PESTA CANDAT SOTONG ANTARABANGSA DI TERENGGANU !!!



TERENGGANU: Hampir 200 petugas media dari 25 negara termasuk Malaysia mengesahkan untuk menyertai Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 yang akan berlangsung dari 11 hingga 17 April ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ada negara yang turut disertai stesen televisyen iaitu Australia, Brunei, China, Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, Indonesia, Perancis, Sepanyol, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Beliau berkata stesen televisyen dari China paling ramai menghantar peserta

"Program candat sotong ini kita adakan empat malam di mana dua malam di perairan antara Kuala Terengganu-Setiu dan dua malam lagi antara Kuala Terengganu-Pulau Kapas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...