Translate

03/04/2014

PADAN MUKA MEDIA - PETUNJUK BARU TIDAK DIDEDAH ??



SELESAI MASALAH, SIASAT HINGGA SELESAI BARU DEDAH.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.

PERKHIDMATAN CELCOM, INDAH KHABAR DARI RUPA ???


Wajah Hodoh Celcom Dari Kaca Mata Pengguna Setia


Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya. 

Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV [Lihat: Bil Telefon Beribu, Pengguna Berang Dakwa Celcom Bangang]

02/04/2014

SIBUK DENGAN KAPAL SELAM UK, KAPAL SELAM MALAYSIA MANA ???????



KUALA LUMPUR - Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat  itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.

"Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
   

01/04/2014

DEMONSTRASI BOIKOT DAN ANTI MALAYSIA DI CHINA MAKIN MELAMPAU?


Sejak beberapa hari lepas kecoh di media luar negada mengenai lebih 200 ahli keluarga mangsa di China yang berhimpun di depan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menyampaikan bantahan mereka berkaitan hilangnya pesawat MH370. Walau bagaimanapun, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah menegaskan yang sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.
Menurut beliau, ramai ahli keluarga mangsa warganegara China mengharapkan bahawa kita ( Malaysia ) teruskan SAR (pencarian dan menyelamat) kita.
Di internet telah tersebar gambar demonstrasi di luar kedutaan Malaysia dengan sepanduk dan laungan penunjukkan perasaan.“Kembalikan keluarga kami,” seru para penunjuk perasaan di depan pintu bangunan Kedutaan Malaysia di Beijing sambil membawa sepanduk-sepanduk bertuliskan: “Kerajaan Malaysia adalah pembunuh” dan “Kami ingin keluarga kami kembali.”
Para keluarga mangsa tersebut marah dan kecewa kerana kerajaan Malaysia telah mengumumkan pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi, padahal belum ada satu serpihan pun yang dijumpai.
Selain itu juga, terdapat dakwaan mengenai selebriti China yang menyeru secara terbuka supaya rakyat negara itu memboikot produk buatan Malaysia dan tidak melancong di Malaysia. Selebriti Malaysia yang menempa nama di China iaitu Shila Amzah turut terkena tempias apabila dia dicemuh dan diminta keluar dari China di laman sosial Twitter dan Weibo.
Pelakon hebat China dan menempa nama di Hollywood, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Sumber:wanista

Pantang maut sebelum ajal


Wanita selamat selepas 14 hari terapung di laut


Pantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami seorang wanita selepas hanya bergantung kepada air hujan untuk hidup setelah terapung di laut selama dua minggu. 

Susanti, 32, yang berasal dari Desa Lebo dalam daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, ditemui oleh dua nelayan di laut, pagi tadi. 

Ketua Polis Wilayah Poso Kota, Urbanus Songgo berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki Susanti dan suaminya, Toni, 33, terbalik dilambung ombak ketika memancing ikan di laut. 

"Dari keterangan mangsa, dia sudah 14 hari terumbang-ambing di laut. Dia boleh bertahan hidup kerana minum air hujan. Wanita ini diselamatkan oleh dua nelayan yang berasal dari Tegalredjo, Poso, kira-kira 11 pagi tadi," kata Urbanus yang dipetik akhbar Kompas.com, hari ini. 

Urbanus berkata, daripada keterangan dua nelayan berkenaan, Sudirman, 30, dan Aco, 36, mereka melihat sebuah bot terbalik dan seorang wanita yang berada dalam keadaan lemah. 

"Kedua-dua nelayan itu membawa mangsa ke klinik berdekatan. Sehingga kini, suami Susanti belum ditemui," katanya. 

#MH370: RAKYAT MALAYSIA DITIPU DENGAN VIDEO YANG DIPAPARKAN ???

Malaysia Airlines flight mh370 search operation in Indian Ocean


Gambar dibawah inilah yang sebenar-benarnya apa yang berlaku dimana video ini telah dirakam oleh IVAN ZAKRYZHEVSKIY pada 19 JAN 2013 dan bukannya semasa tugas menyelamat dan mencari MH370.



#MH370: PM tidak sebut terhempas


Tapi disini lain pula penyampaiannya KLIK SINI

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan "terhempas atau tiada yang terselamat" semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
    
Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri HishammuddinTun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.
    
"Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa perdana menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat.
    
Perkara itu benar-benar salah..Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.
    
Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata: "Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi".

31/03/2014

#MH370: KERAJAAN SERAH TUGAS SAR KEPADA PAKATAN RAKYAT ???? HAA...HAA...

MH370: Bukan mudah kelola SAR berskala besar

SEPANG 30 Mac - Hubungan baik Malaysia dengan negara lain telah menyumbang kepada bantuan antarabangsa yang dihulur dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bukanlah tugas mudah untuk menghimpunkan 26 negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran itu sekiranya Kuala Lumpur tidak mewujudkan hubungan rapat dengan ibu negara lain.

"Masyarakat perlu menyedari bahawa menjadi tugas yang besar untuk melibatkan begitu banyak negara dalam satu operasi besar-besaran. Perkara ini tidak akan berlaku jika Malaysia tidak mempunyai hubungan akrab dengan banyak negara," kata Najib.

Najib berkata, Malaysia amat menghargai semua sokongan dan bantuan yang dihulur negara terbabit dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada paparan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - BERNAMA

#MH370: KOTAK HITAM SEPATUTNYA TIDAK DIGUNAKAN LAGI MASA KINI


ICT boleh main peranan lebih penting

Malaysia percaya bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memainkan peranan lebih penting dalam industri penerbangan susulan kehilangan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang menimbulkan misteri.
   
Dalam konteks ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mengesan dan mencari kotak hitam, contohnya, seharusnya menjadi perkara yang telah berlalu, terutama dengan kemunculan teknologi 'cloud computing' (pembangunan dan penggunaan teknologi komputer dengan menggunakan internet sebagai ruang untuk menyimpan segala data).
   
"Saya percaya bahawa data daripada pesawat termasuk daripada kotak hitam boleh dihantar secara berterusan dan disimpan di pusat data di bumi. Kita seharusnya boleh mengambil dan menganalisis data ini tanpa perlu mengesan kotak hitam.
   
"Saya percaya perubahan yang mudah ini mungkin membawa hasil yang berbeza (dalam bidang penerbangan) sekarang," kata beliau dalam kenyataan dasar pada Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia (WTDC) 2014 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, Ahad. Kenyataan itu dihantar kepada Bernama di sini.
   
Justeru, beliau menggesa Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bekerjasama dengan industri penerbangan untuk membolehkan pemantauan data penerbangan dari semasa ke semasa dan memantau apa yang berlaku di dalam kokpit.

WTDC keenam ITU, yang berlangsung hari ini sehingga 10 April, bertujuan merangka program kerja dan garis panduan bagi mendefinisikan persoalan pembangunan telekomunikasi dan menetapkan hala tuju serta panduan bagi program kerja Sektor Pembangunan Telekomunikasi (ITU-D) dalam tempoh empat tahun akan datang.
    
BACA LAGI DISINI, KALAU NAK BACA

30/03/2014

Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius - Adus SAYANG !!!


KUALA LUMPUR - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
Katanya, peningkatan itu berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan 'Bulan Nutrisi Malaysia' (NMM) 2014 di sini hari ini. - Bernama

29/03/2014

JAIS TAKUT DENGAN RAJA BOMOH UNTUK AMBIL TINDAKAN ???


PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun ’Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.
Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.
Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.
Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.
Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.
Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.
Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.

Sumber:mstaronline

28/03/2014

Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah Daripada Warga Asing


SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) -- Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah daripada warga asing pada bulan Mac lepas.

Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang warga Bangladesh Md Harun UR Rashid sebagai dorongan melepaskan rakannya, Nazrul Islam, daripada tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang pada 8.45 malam 14 Mac lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, Raja Mohamad Izzudin berdepan hukuman mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam Ridha Abdah Subri memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya hanya mempunyai pendapatan bersih RM2,000 sebulan dan isteri tertuduh adalah seorang penjawat awam yang berpendapatan RM1,800.

"Anak guam saya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau atau masalah disiplin.

"Dia turut menanggung kos rawatan ibu bapanya yang sudah uzur selain menanggung tiga adik yang masih bersekolah. Dia juga hadir ke mahkamah tanpa waran selain memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan SPRM," katanya.

-- BERNAMA

ANWAR ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA ????



Matlamat Wawasan 2020 mungkin tak tercapai

CHERAS - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan tragedi MH370 yang penerbangannya dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Menurutnya, berita tersebut bukan sahaja akan memberikan kesan mendalam kepada keluarga mangsa, malah turut akan memberikan kesan kepada negara.

"Berita ini sedikit sebanyak akan memberikan pandangan yang tidak baik kepada Malaysia.

"Kepada keluarga mangsa, banyakkan bersabar dan saya turut berkongsi kesedihan ini," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.

Beliau turut memberi bayangan misi Malaysia menjadi negara maju seperti yang terkandung dalam matlamat Wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai.

Menurutnya, tumpuan kerajaan yang hanya menumpukan kepada pendapatan per kapita negara, menghalang matlamat utama itu dalam tempoh enam tahun akan datang.

"Negara maju mempunyai banyak tafsiran, tetapi jika hanya menumpukan kepada pendapatan kepada negara semata-mata, maka matlamat sebenar negara maju itu gagal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...