Translate

30/03/2014

Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius - Adus SAYANG !!!


KUALA LUMPUR - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
Katanya, peningkatan itu berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan 'Bulan Nutrisi Malaysia' (NMM) 2014 di sini hari ini. - Bernama

29/03/2014

JAIS TAKUT DENGAN RAJA BOMOH UNTUK AMBIL TINDAKAN ???


PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun ’Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.
Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.
Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.
Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.
Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.
Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.
Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.

Sumber:mstaronline

28/03/2014

Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah Daripada Warga Asing


SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) -- Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah daripada warga asing pada bulan Mac lepas.

Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang warga Bangladesh Md Harun UR Rashid sebagai dorongan melepaskan rakannya, Nazrul Islam, daripada tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang pada 8.45 malam 14 Mac lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, Raja Mohamad Izzudin berdepan hukuman mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam Ridha Abdah Subri memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya hanya mempunyai pendapatan bersih RM2,000 sebulan dan isteri tertuduh adalah seorang penjawat awam yang berpendapatan RM1,800.

"Anak guam saya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau atau masalah disiplin.

"Dia turut menanggung kos rawatan ibu bapanya yang sudah uzur selain menanggung tiga adik yang masih bersekolah. Dia juga hadir ke mahkamah tanpa waran selain memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan SPRM," katanya.

-- BERNAMA

ANWAR ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA ????



Matlamat Wawasan 2020 mungkin tak tercapai

CHERAS - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan tragedi MH370 yang penerbangannya dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Menurutnya, berita tersebut bukan sahaja akan memberikan kesan mendalam kepada keluarga mangsa, malah turut akan memberikan kesan kepada negara.

"Berita ini sedikit sebanyak akan memberikan pandangan yang tidak baik kepada Malaysia.

"Kepada keluarga mangsa, banyakkan bersabar dan saya turut berkongsi kesedihan ini," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.

Beliau turut memberi bayangan misi Malaysia menjadi negara maju seperti yang terkandung dalam matlamat Wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai.

Menurutnya, tumpuan kerajaan yang hanya menumpukan kepada pendapatan per kapita negara, menghalang matlamat utama itu dalam tempoh enam tahun akan datang.

"Negara maju mempunyai banyak tafsiran, tetapi jika hanya menumpukan kepada pendapatan kepada negara semata-mata, maka matlamat sebenar negara maju itu gagal.

27/03/2014

PERINGATAN YANG PERLU DILAKSANAKAN SEGERA !!


MENTRANSFORMASI FUNGSI JKKK TERENGGANU MELALUI KPI

"Antara proses penambahbaikan itu termasuklah pelantikan pengerusi serta anggota JKKK baharu yang dijangka selesai pada Mei depan. Ketika ini, 80 peratus ahli JKKK di negeri ini masih dipegang oleh mereka yang sudah bertahun-tahun menduduki jawatankuasa berkenaan."  - A Latiff Awang

Kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK sebagai organisasi paling penting di peringkat bawahan pentadbiran negeri.

Ini kerana tugas mereka adalah memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung selain mengambil tahu mengenai pelbagai perkara membabitkan penduduk.

Seboleh-bolehnya mereka sebagai jentera pembangunan dan keselamataan peringkat paling bawah berusaha menjamin bukan sahaja pembangunan yang dilaksanakan berjalan dengaan baik tetapi perkara-perkara lain seperti kebajikan, kesihatan, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan sebagainya juga perlu dipantau.

'TIAN CHUA AND GROUP'- KES LAHAD DATU PUN BELUM SELESAI


KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat 'air turn back' ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka itu adalah arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, TUDM mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Pangliman TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku 'air turn back' sehari selepas kehilangan pesawat MH370.

Menurut Abdul Rahim, kenyataan itu dibuat berdasarkan cerapan radar TUDM di Gong Kedak, Kelantan dan Bukit Bendera, Pulau Pinang.

"Sebagai pemilik primary radar kita bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara itu pada pihak SAR (mencari dan menyelamat).

"Air turn back itu dikesan dalam radar kita, cuma kita anggap air turn back oleh Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai 'pesawat yang mesra' dan itu arahan daripada ATC dan buat lencongan dan akhirnya dikesan menuju ke Andaman atau Utara laut China Selatan," katanya kepada Dewan rakyat sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bangun mencelah dan mempersoalkan kelewatan maklum balas yang diberikan pihak TUDM kepada ATC.

PERANCANGAN YANG CUKUP TELITI - 'KOTAK HITAM' TIDAK AKAN MEMBERI JAWAPAN ???

Kotak hitam bukan jawapan - PULAK DAH !!

KUALA LUMPUR: Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.
Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co. 
Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam. 


“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.

26/03/2014

Filem Epik Hollywood berunsurkan agama, Noah, yang dibintangi Russell Crowe perlu diharamkan


Jakarta: Indonesia mengharamkan filem epik Hollywood berunsurkan agama, Noah, yang dibintangi Russell Crowe, kata badan penapisan filem negara itu semalam, negara Islam terbaru menghentikan tayangan filem berkenaan kerana a bertentangan dengan ajaran Islam.

Badan penapisan filem di negara paling ramai umat Islam itu berkata, mereka memutuskan mengharamkan filem itu, yang dijangka ditayangkan Jumaat ini, kerana gambaran sebagai nabi dilarang dalam Islam. 


Noh nabi dipercayai Islam Selain digambarkan sebagai tokoh agama dalam Kristian, Noh juga ialah nabi yang perlu dipercayai umat Islam. 

“Kami menolak tayangan filem ini di Indonesia. Gambaran visual nabi dilarang dalam Islam.

Filem ini menyinggung perasaan komuniti Kristian dan Islam,” kata anggota Lembaga Penapisan Indonesia, Zainut Tauhid Saadi.

Solat Jenazah Ghaib Untuk Anak Kapal Dan Penumpang MH370 Tidak Perlu Pada Masa Ini - Majlis Fatwa


PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam ini menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang tadi, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

SUMBER: BERNAMA

25/03/2014

Polis kawal keluarga mangsa MH370 di Beijing

BEIJING - CHINA. Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur .

Menurut ABC, kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan terhempas di selatan Lautan Hindi.

Keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.

Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.

"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.

Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.

Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus.
 
Sumber:sinarharian

AAIB MENGESAHKAN MH370 BERAKHIR DILAUTAN HINDI ??

Penerbangan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, barat Perth
KUALA LUMPUR - Penerbangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
 
Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar tergempar sebentar tadi.
 
Ujar beliau, pengumuman itu dibuat berdasarkan rumusan kajian Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) yang menggunakan kaedah perkiraan kali pertama dilakukan bagi menyiasat kejadian itu.
 
Namun begitu masih lagi menimbulkan persoalan ataupun menjadi teka-teki selagi 'Kotak Hitam' MH370 tidak ditemui atau bukti kukuh dipersembahkan merungkai segala-galanya.

24/03/2014

BOSAN, BOSAN, BOSAN...KAPAL TERBANG, PRK... TENGOK INI PULAK ???

Babi hutan berbahaya ditembak
 
Parit Buntar: ”Hati saya lega apabila dimaklumkan bahawa babi hutan yang menyerang dan menyondol saya hingga cedera parah sudah ditembak mati anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” kata Suhaini Kassim, 49, yang menerima 50 jahitan akibat serangan haiwan liar itu.
Dalam kejadian jam 9 pagi Rabu lalu, mangsa disondol seekor babi hutan ketika sedang mengambil upah mengait kepala di sebuah kebun di Parit Abu Samah, Kuala kurau, di sini, menyebabkan dia cedera parah.
Kejadian itu turut menyaksikan adiknya, Mat Isa, 46, mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan kecemasan.

Susulan kejadian itu, pihak PERHILITAN Kuala Gula menjalankan operasi sebelum berjaya membunuh haiwan liar berkenaan semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...