Translate

19/03/2014

APA DAH JADI LA ??? KITA SIBUK DG MH370 INI LAIN CERITANYA !!

Gambar hiasan

Anggota Polis Ditahan Kerana Meragut

BUKIT MERTAJAM: Seorang L/Kpl polis ditahan bagi membantu siasatan kes ragut melibatkan seorang jurutera dan adik lelakinya berhampiran Plaza Tol Juru, di sini, Isnin.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian 5.20 pagi itu, wanita dan adiknya yang menaiki sebuah motosikal dihampiri seorang lelaki yang juga menaiki motosikal dan mengarahkan mereka berhenti.
"Wanita berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal memberhentikan motosikal di tepi jalan, sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa berwarna biru serta meminta kad pengenalan mangsa.
"Dalam masa yang sama lelaki itu mengarahkan pasangan adik beradik berkenaan ke pos polis berhampiran bagaimanapun mereka enggan dan secara tiba-tiba suspek bertindak menendang motosikal mangsa menyebabkan mereka jatuh," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata lelaki terbabit mengacukan sebilah pisau ke arah dua beradik berkenaan dan merampas beg galas, dompet serta dua telefon bimbit mereka.
Jurucakap itu berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan pihak berkuasa mengesan kedudukan lelaki berkenaan berdasarkan telefon bimbit yang disamunnya.
"Polis menyerbu sebuah rumah di Kulim dan menahan lelaki itu bersama pelbagai barangan milik mangsa serta telefon bimbit yang telah dijual kepada rakan serumahnya dengan harga RM500," katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau berkata lelaki ditahan itu seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Beliau berkata anggota polis berusia 30-an dan merupakan duda itu kini direman bagi membantu siasatan.
Sumber:mstaronline

17/03/2014

Kapten MH370 Memang Hebat Orangnya !!!

Kapten MH370 Ahli Seumur Hidup PKR dan teka-teki akan berakhir ???? KLIK SINI DAN SINI

KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup parti itu.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, Zaharie merupakan ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.
"Beliau ahli seumur hidup malah turut membantu kita ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini, Ahad.
Bagaimanapun Sivarasa menolak sebarang laporan yang mengaitkan kehilangan MH370 dengan parti itu.
Beliau mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sivarasa bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
"Saya boleh katakan bahawa beliau tiada di mahkamah, kalau beliau hadir...sudah pasti saya tahu," katanya.
Mengulas lanjut Sivarasa turut menolak laporan akhbar harian tersebut yang mendakwa Zaharie adalah penyokong fanatik PKR.
"Laporan ini salah sama sekali, beliau hanya ahli biasa sama seperti ahli-ahli lain.
"Tidak adil nak mengatakan beliau penyokong fanatik PKR," katanya
Sumber:mstaronline dan KLIK DISINI

16/03/2014

JAIS sedang meneliti dan menyiasat, sedang meneliti dan menyiasat, sedang meneliti dan menyiasat tidak kesudahan.....


Kot-kot nak tunggu sehingga Pesawat MH370 ditemui baru selesai meneliti dan menyiasat ????

SHAH ALAM: 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. 
"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan dia. 

"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing. 

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

#PRK KAJANG - KAK WAN PUN NAK JATUHKAN KHALID IBRAHIM ???


Jawatan MB Selangor: Tanya Azmin, kata Wan Azizah

KAJANG - Calon PKR Dun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menidakkan misi utama Langkah Kajang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Wan Azizah yang juga Presiden PKR meminta soalan penukaran penukaran menteri besar itu diajukan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Perkara ini kena tanya Azmin sendiri sebab itu kenyataan dia. Tapi pada saya jawatan itu tidak penting kerana niat saya hanya untuk berkhidmat dan memperkuatkan pasukan.

"Ada banyak perubahan dan pembaharuan yang kita boleh baiki dan itulah niat saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Penyampaian Anugerah Pekerja Sosial Cemerlang 2014, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap manifesto PR bagi pilihan raya ini sebagai 'sudah terlewat' dan sepatutnya dilaksanakan enam tahun lalu.

Wan Azizah berkata, sememangnya PR Selangor baharu sahaja memerintah dua penggal dan pastinya banyak perkara perlu dibaiki.

"Kita baru dua penggal kalau nak  dibandingkan BN berapa penggal mereka pegang? Jadi tak semudah itu untuk perbaiki," katanya.

15/03/2014

#MH370: KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DALANG YANG TERLIBAT !!!

Sistem komunikasi dipadam, siasat kemungkinan rampasan

SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan.

"Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan.

"Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

14/03/2014

GEMPA BUMI DI KUKUP LAUT, PONTIAN ?????

Foto
SEBAHAGIAN kerosakan akibat dua gegaran. 
PONTIAN: Empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di Kukup Laut di sini, rosak dengan tiang penyokong bangunan berkenaan ada yang hampir patah berikutan dua gegaran yang berlaku tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi ketika orang ramai sedang bersarapan selain berurusan di lokasi berkenaan.
Lebih 20 orang pelanggan sebuah kopitiam di situ bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila gegaran melanda.

Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

KAWALAN KESELAMAT HOTEL RAPUH ???

Suspek keluar dari lobi hotel bersama beg dipercayai berisi pasport dan wang tunai Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li  di Lobi Hotel Everly, Putrajaya. Foto: BERNAMA

Petugas Media MH370 Rugi RM15,000

PUTRAJAYA: Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel pada Khamis.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video. 
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Suspek dipercayai mencuri beg Pembantu Editor Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li ketika membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya, Khamis. Foto: BERNAMA

MACAM MANA NI, DAH JATUH HUKUM MAHKAMAH BOLEH ADA DLM DEWAN LAGI ?????

Seks suka sama suka: Hukuman Anwar tidak wajar  (LGBT)

KUALA LUMPUR 12 Mac - Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Menurut Presidennya, Christopher Leong, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

"Tetapi adalah sesuatu yang 'luar biasa' untuk mengenakan hukuman sedemikian rupa sebanyak dua kali berturut-turut terhadap Anwar di negara ini atas kesalahan sebegini yang jarang diguna pakai.

"Kanun Keseksaan ini sangat baik, namun undang-undang ini yang diperuntukkan untuk kes ini hanya boleh digunapakai sekiranya dikuatkuasakan secara konsisten," katanya.

Christopher berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.

13/03/2014

SINDIKIT PENIPUAN WARGA INDONESIA MEREBAK KE PANTAI TIMUR

Gambar hiasan
KEJADIAN YANG SAMA PERNAH BERLAKU BERHAMPIRAN BANGUNAN AKED MARA DI BANDAR MARANG.

Rugi RM10,000 diperdaya sindiket permata palsu


JERANTUT - Seorang wanita bersama ibunya kerugian kira-kira RM10,000 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan khasiat batu permata palsu.
Sindiket yang dipercayai didalangi oleh warga Indonesia yang menyamar sebagai rakyat Brunei itu dikesan menjerat mangsa di daerah ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail ketika dihubungi hari ini berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Felda Kota Gelanggi 1, di sini itu pada mula berkunjung ke Pasar Tani untuk membeli keperluan harian sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai rakyat Brunei.
"Lelaki tersebut bertanya mengenai sebuah kedai buku di daerah ini namun mangsa menyatakan dia tidak tahu lokasinya dan suspek menyuruh mangsa bertanya kepada seorang lelaki di sebelahnya.
"Mereka berempat kemudiannya menaiki kereta Perodua Kancil milik mangsa untuk menuju ke lokasi kedai buku yang ingin ditunjukkan oleh lelaki yang tidak dikenali tadi," katanya.
Menurutnya, sebaik menghampiri kedai buku tersebut, suspek mengeluarkan batu permata dan menerangkan khasiatnya sebelum mengajak kedua-dua mangsa ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini.

GROUP WHATSAPP PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM PERLU DIPANTAU !!!

Anggota PDRM dilarang sebar gambar mangsa dan maklumat dalaman.

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Satu arahan telah dikeluarkan agar semua ketua dan penyelia Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan pegawai dan anggota mereka tidak melakukan perbuatan yang menjejaskan imej pasukan dengan menyebar gambar mangsa di lokasi kejadian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbuatan itu perlu dihentikan serta-merta sebelum mereka dikenakan tindakan tatatertib atau dicadangkan supaya didakwa di mahkamah.

Katanya, PDRM sentiasa memandang serius penyebaran gambar-gambar mangsa di lokasi kejadian melalui media sosial kerana perbuatan itu boleh mencerminkan sikap tidak profesional dalam menjalankan tugas.

“PDRM mengambil pendekatan tiada tolak ansur terhadap anggota yang melakukan kesalahan malah akan memastikan amalan disiplin yang tinggi.

“Ini termasuklah tindakan tegas terhadap individu yang bersalah menyebarkan gambar mangsa di lokasi jenayah ke dalam internet," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator S. Nallakaruppan yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan pegawai polis tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi memberitahu, berdasarkan rekod PDRM pada 2010, seramai dua anggota polis telah diambil tindakan tatatertib kerana didapati dengan cuai telah menyebabkan gambar jenayah tersebar.

“Perintah tetap Ketua Polis Negara telah menggariskan tatacara rakaman, pengendalian dan penyimpanan keterangan gambar digital.

“Dalam apa juga situasi, gambar digital tidak boleh dihantar menerusi jaringan telefon bimbit atau e-mel yang tidak selamat," ujarnya.

Sumber: utusanmalaysia

KAK WAN GENDANG TING KOSONG AJE LA....JAGA ABANG NUAR LAGI BAIK !!!

"Ala-tayang" jangan la ayang nagis

Pembangkang 'politik tong kosong'

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pakatan pembangkang ditempelak kerana mengamalkan 'politik tin kosong' berikutan sikap mereka yang hanya tahu mencemuh dan mengkritik pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, pada masa sama, pakatan pembangkang tidak pernah memberi walau satu idea pun untuk menjayakan matlamat tersebut.

Menurut beliau, pakatan pembangkang lebih cenderung melihat sesuatu isu dari sudut politik dan bukannya mahu bersama-sama rakyat menangani masalah yang berlaku.

"Apakah yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bagi mengurangkan beban rakyat?

"Malah projek perumahan kos rendah pun tidak dapat dilaksanakan oleh pakatan pembangkang. Sebab itulah saya menganggap pembangkang mengamalkan politik tin kosong, bunyi sahaja kuat, isinya tiada," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...