Translate

28/02/2014

STRATEGI ANUAR SAMA SEPERTI YANG BERLAKU DI THAILAND ????

... bersantai dibawah ini adalah antara gambar perhimpunn Bersih 3.0

CARA YANG SAMA DILAKUKAN OLEH ANUAR SERTA KUNCU-KUNCUNYA SEPERTI BERSIH 1, 2 DAN 3.

NAMUN DENGAN KEHEBATAN SERTA KEMAMPUAN DAN KEWIBAWAAN PDRM DAPAT MENGATASI SEGALA-GALANYA DARIPADA TERUS MENGUCAR-KACIRKAN NEGARA YANG AMAN INI.

BANGKOK 27 Feb (Bernama) - Kerajaan Thailand akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari jalan untuk menamatkan krisis politik yang sedang melanda negara ini.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Kerajaan sementara Thailand Surapong Tovichakchaikul berkata beliau akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon berhubung perkara itu.

Surapong yang juga Ketua Penasihat Pusat Memelihara Keamanan dan Ketenteraman (CMPO), dilaporkan berbincang dengan Ban tentang perkara itu, pada Rabu. "Ban patut menjadi orang tengah dalam rundingan yang diadakan kerana beliau benar-benar berkecuali," kata Surapong kepada media tempatan hari ini sebelum menghadiri mesyuarat CMPO.

Sebelum ini, Ban menyuarakan kebimbangannya tentang konflik di Thailand, yang telah meragut 22 nywawa, termasuk empat kanak-kanak sejak 30 Nov tahun lepas. Bernama.


ANWAR Tersenarai Bilionair Malaysia Yang Baharu ???



BACA DULU BARU TAU.....
KUALA LUMPUR: Seramai tiga belas individu disenaraikan sebagai bilionair Malaysia yang baharu, menyertai Tan Sri Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong yang berada pada kedudukan teratas selama sembilan tahun menerusi senarai terkini Individu Terkaya Malaysia oleh Forbes.
Kuok, 90, membina sebuah empayar perniagaan besar-besaran yang merangkumi minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah, mempunyai aset bernilai AS$11.5 bilion (RM37.7 bilion).
Pemaju Kumpulan Kuok itu menduduki tangga teratas sejak 2006, walaupun nilainya sedikit menurun sebanyak AS$1.1bilion (RM3.28 bilion) pada tahun lepas.
Jutawan telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan juga kekal di tempat kedua, dengan nilai bersih AS$11.2 bilion (RM36.07 bilion).
Ananda, yang mempunyai empayar yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd, stesen TV berbayar dan penjanaan kuasa, turut menyaksikan sedikit penurunan dalam kekayaan berbanding sebelumnya bagi tahun ini iaitu AS$11.7 bilion (RM38.38 bilion).

27/02/2014

NUAR AL-JUBURI PUNASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR KEPALA TAHI.....!!!!!!!

Inilah kesan akibat 'ego politik'.  Ada PUNASIHAT  PUN MACAM SIAL. 

PANGKAH LAGI LA....PKR (PARTI KENCING RAKYAT)...RASAKAN AKIBATNYA.  SIAPA YANG SUSAH, PANDAI PULAK NAK MINTA KERAJAAN PUSAT TOLONG....

Rakyat Selangor merasa dukacita kerana Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak faham atau buat-buat tidak faham terhadap isu ini.  Bila dah tergadah baru nak terima, buat muka tebal macam TAHI BABI. Yang susah rakyat.

Rakyat sudah jelak dengan tindakan kerajaan Selangor yang mempolitikkan isu air. Rakyat tidak sepatutnya menerima kesan akibat 'ego politik'.
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kira-kira 1.2 juta pengguna dari 300,000 isi rumah di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mula mengalami kesan terputus bekalan air atau tekanan rendah, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh lima loji rawatan air (LRA) atas arahan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen), hari ini.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata, ia melibatkan tujuh wilayah sekitar Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

"Rezab bekalan air sedia ada yang sangat kecil dan dalam keadaan biasa sudah tidak mampu untuk menampung paras permintaan pengguna kerana kelima-lima loji rawatan air tersebut membekalkan 60 peratus daripada keperluan air terawat bagi kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah kerajaan Selangor telah mengeluarkan surat arahan kelmarin kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang mengurus tiga loji berkenaan agar mengurangkan pengambilan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Sungai Selangor.

26/02/2014

KERAJAAN PERLU HENTIKAN PENGAMBILAN AMAH WARGA INDON ???


BINATANG PUN SAYANG ANAK.  KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DALAM PERKARA INI.  BILA AMAH INDON DI DERA OLEH MAJIKAN, WOW....MACAM2 PENGHINAAN DILAKUKAN OLEH RAKYAT INDON.....


Dua beradik mati dikelar amah

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.

Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.

“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.

“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian malam ini. - UTUSAN ONLINE

25/02/2014

2 Termasuk Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah


SHAH ALAM, 18 Februari - Dua dituduh termasuk seorang Deputy Superitendant Polis (DSP) di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini membabitkan kesalahan meminta dan menerima suapan.

Nik Azainoon Nik Aziz, 52 dituduh melakukan dua  kesalahan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (ASPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta yang sama membabitkan suapan berjumlah RM 21,000.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah secara rasuah bersetuju untuk menerima suapan RM 10,000 pada 5 November 2008 jam 9.30 malam di sebuah restoran di Ampang Selangor.

Pertuduhan kedua tertuduh didakwa bersubahat dengan Roslan Jali untuk secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM 4,000 di antara 6 hingga 30 November 2008 di sebuah restoran di Ampang Selangor.

Manakala pada 4 Februari 2009 di Restoran A & W Bandar Baru Petaling Jaya, Selangor tertuduh didakwa telah bersubahat dengan Roslan Jali untuk secara rasuah menyetuju terima RM 7,000.

Kesemua suapan tersebut diterima  daripada Che Ayub Senik untuk menghilangkan rekod kesalahan jenayah Che Ayub yang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan black money.

Pihak pendakwaan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwa Sukri Seman memohon wang jaminan sebanyak RM 5,000 bagi setiap kesalahan.

RAJA BAHRIN KETAGIH PROJEK ..... SENYAP LAH DIA ????


KESIAN KAN LAH RAJA BAHRIN TU....

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku danpenyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.


Enam dokumen yang diserahkan berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sejarah Silam perlu dirungkai - KLIK DISINI  dan DISINI

24/02/2014

EVALDO RODRIGUES TAK PERLU BIMBANG !!!

Foto

Maria bimbang keselamatan pemain Brazil

Kuala Terengganu: Adakah pemain bola sepak Brazil selamat bermain bola sepak di negara ini. Itu yang dipersoalkan Duta Brazil di Malaysia Maria Auxiliadora Figueirado.
Semalam, beliau datang ke negeri ini bagi mengadakan perjumpaan dan meminta penjelasan pihak pengurusan T-Team dengan membincangkan soal keselamatan terutama berhubung pemain bola sepak kelahiran Brazil.
Penyerang T-Team Evaldo Rodrigues didakwa ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 1 Februari lalu.

Dalam insiden pada separuh pertama saingan Piala FA menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu turut membabitkan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang ditendang di pangkal paha oleh seorang anggota keselamatan.

Maria berkata, tugas kedutaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Brazil yang tinggal di negara asing dalam kedudukan selamat.
Sumber:myMetro

23/02/2014

CAMPUR TANGAN ICJ CUBA MEROBEK PERLEMBAGAAN MALAYSIA ???

Sabitkan Karpal langgar kebebasan bersuara, kata pakar antarabangsa.  JANGAN BENARKAN ICJ CAMPURTANGAN.

The International Commission of Jurists (ICJ) turut bersama dengan peguam Malaysia tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Karpal Singh (gambar) atas kesalahan menghasut, dengan mengatakan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan taraf kebebasan bersuara bagi para peguam.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kepada peguam di Malaysia bahawa mereka tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.
Gil berkata, pensabitan Karpal bermula dengan sidang media awal tahun 2009 di mana beliau didakwa mengatakan perkara yang menghasut apabila mempersoalkan kekuasaan Sultan Azlan Shah dalam menyingkirkan Menteri Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Karpal bertindak memenuhi fungsi beliau sebagai seorang peguam, iaitu memberi pendapat kepada pihak awam dalam perkara berkaitan dengan undang-undang.
Prinsip utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam fungsi peguam, khususnya menyatakan bahawa peguam, seperti mana-mana rakyat lain, mempunyai hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

22/02/2014

SIKAP KETIDAK JUJURAN DALAM TUGAS MENGAIBKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ???


Marang - Kejadian berlaku pada 20/02/2014 jam lebih kurang 10.30 pagi, seorang pelajar TABIKA YAYASAN ISLAM Cawangan Daerah Marang, MUHAMMAD IRFAN BIN HUSSEIN, 6 tahun telah mendapat kecederaan parah semasa berada di sekolah tersebut, dimana tangan kiri dibahagian atas siku didapati patah.



Dengan tindakan yang pantas, guru sekolah tersebut terus menghubungi bapa kepada pelajar tersebut ketika itu berada di Kuala Terengganu sedang menghadiri mesyuarat. Seterusnya guru tersebut terus menghantar pelajar yang cedera ke Kelinik Kesihatan Daerah Marang, untuk mendapatkan pengesahan serta rawatan awal.



Petugas di Klinik tersebut telah mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami adalah serious dan perlu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan segera.

Memandangkan pelajar tersebut memiliki SKIM INSURAN KEMALANGAN, maka bapa kepada pelajar telah meminta kerjasama pihak Klinik Kesihatan Daerah Marang melalui guru yang menghantar, supaya tolong menghantar pelajar tersebut ke KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL, Jalan Kamaruddin, K/Terengganu.

Tapi malangnya pihak petugas Klinik Kesihatan Daerah Marang ENGGAN menghantar pelajar tersebut, kerana bukan Hospital Kerajaan, walaupun pada ketika itu pelajar tersebut dalam keadaan kesakitan.

Kemudian ibu kepada pelajar tersebut dapat dihubungi dalam tempoh masa yang agak lama kerana sedang bertugas di Balai Polis Marang, maka dengan keadaan yang kelam kabut terpaksa meninggal tugas, bergegas ke Klinik tersebut dengan memandu kenderaan sendiri yang diserta oleh dua orang guru terus ke Kuala Terengganu Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kepada anaknya dalam masa yang cukup panjang.

Disepanjang perjalanan dari Marang ke Kuala Terengganu, si ibu yang memandu kenderaan sendiri dan dibantu oleh guru, terpaksa mendengar jeritan tangisan pelajar kerana kesakitan yang amat sangat.

RUMUSANNYA ADAKAH PERKARA SEDEMIKIAN ADALAH SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN KEPADA PETUGAS-PETUGAS DI PUSAT KESIHATAN TIDAK MEMBENARKAN PESAKIT DIHANTAR KE HOSPITAL SWASTA DENGAN MENGGUNAKAN KENDERAAN KERAJAAN ???

Sedangkan PIAGAM PELANGGAN YANG DILAUNGKAN ADALAH "KAMI SEDIA MEMBANTU" sepertimana dibawah:

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
1.2  Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

2. TARAF PERKHIDMATAN
2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...